Showing posts with label ZOY. Show all posts
Showing posts with label ZOY. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

KENALI PELUKIS MAN HASSAN ... Karya sulung beliau

 SUMBER:

http://manhassan.blogspot.com/2011/03/karya-sulung-bersama-penerbitan.html

Di sini di siarkan untuk tatapan generasi baru... DUNIA KARTOON merakamkan memori yang mana kami temui  laman wab beliau.. untuk di kongsi bersama silalah berkunjung kelaman Wab asal.. MAN HASSAN

Karya sulung bersama penerbitan Mediaseni - 1984

   

Cover ini dilukis oleh Rosli Ibrahim.
jemari menaip kata kunci kat google search image 'kartun manhassan'.

Peh... tetiba mata terpandang gambar diatas.

Lepas meng'click' pada website yang memuatkan imej asalnya tertera 'Lan Antique Collection Komik Lama'. (http://lan-lamadanantik.blogspot.com/)


Website berkenaan mengumpulkan segala macam barang-barang lama termasuk majalah komik dan kartun lama lagi antik.

Ianya sebagai koleksi peribadi pemilik web itu dan juga untuk dijual.


Anda bulih mengakses web berkenaan untuk mengetahui lebih detail apo yang ado didalamnya.

Buku kartun aku kat atas tu memang dah lamapun. Tahun 1984. Aku baru dua tahun lebih menetap di KL.

Dalam website itu, buku kartun aku diperagakan bersama tiga lagi karya dalam bentuk komik. Kiranya untuk dilelong le tu.


Tajuk komik : Si Kudung Pendekar Sakti.
Keluaran : Berjaya Enterprise.
Pelukis : Md. Zohri Sukimi, Sijangkang Klang.
Tahun : 1974.
Harga : 50 sen
http://duniacarton.blogspot.com/2010/06/pelukis-zoy-mohd-zohri-sukimi.html

Tajuk komik : Naga Hitam. Keluaran : Penerbitan Media Seni
Pelukis : Mansoor Ibrahim.
Tahun : Tak tahu.
Harga : 60 sen



Mansur Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah
gambar ni di ambil pada penghujung 2006. 
link berkaitan:
http://pekomik.blogspot.com/2010/03/mansur-ibrahim-telah-kembali-ke.html
http://pergh.com/forum/mags-review-news-and-events/mansur-ibrahim-telah-kembali-ke-rahmatullah/20/ 
Tajuk komik : Rahsia Bukit Emas.
Keluaran : Penerbitan Media Seni.
Pelukis : Kasbi Sarbini.
Tahun : Tak tahu.
Harga : 60 sen.

     
KASBI SARBINI..
Kasbi Sarbini bersama lukisan yang pernah digunakan untuk kulit depan majalah Mastika yang dipamerkan di Menara Kuala Lumpur.
http://malaysian-artist.blogspot.com/2005/05/kasbi-sarbini.html




Tajuk komik : Siri penyiasatan gila, Awang Pong.

Keluaran : Penerbitan Media Seni.
Pelukis : Man Hassan.
Tahun keluaran : 1984.
Harga : 70 sen.






Cuma pelukis Kasbi Sarbini sahaja aku berpeluang mengenali dengan lebih dekat. Sebab kami satu pejabat sejak aku menyertai Utusan pada 1994. Kasbi atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Kasbi telahpun bersara, tapi masih aktif melukis.
 
Sementara Mansor Ibrahim dan Mohd Zohri aku cuma mengenali dari jauh tapi karya mereka amat dekat padaku.
 
Mohd Zohri atau nama penanya Zoy dulunya pernah bertugas diUtusan tetapi sewaktu aku masuk dia dah lama 'belah' meninggalkan karyanya yang menjadi sebutan iaitu 'Ayoko'.
 
Beliau kini di akhbar Berita Harian dan masih jugak aktif 'berkomik' dan 'berkartun'
sampaikan bergegar jugak le Jalan Riong dengan aksi Ultraman lari diligan ombak Tsunami.
 
Aku dibayar RM200 untuk kartun itu.
Tidaklah lumayan, tapi boleh la berlagak mengisi perut dengan makanan ala Thai seminggu. Seminggu je. Lepas tu balik asal dengan makanan 'ala dua minit copek dimasak sodap dimakang'.
 
Seingat aku, lima atau enam buku kartun aku diterbitkan oleh Penerbitan Mediaseni yang beroperasi di Seri Gombak dimana aku menetap diKampung Melayu, Ampang
dan bekerja di Taman Keramat pada waktu itu.
 
Ada yang masih dalam simpanan. Ada yang dah ghuyup.
 
Apapun terima kasih bebanyak pada abang Yamin Daud, pemilik Mediaseni kerana
memberi ruang dan peluang aku bekarya pada waktu itu walaupun 'hasil kerja' aku
agak kureng asem.
 
Pada pemilik  (http://lan-lamadanantik.blogspot.com/, terima kasih kerana dapek
jugak den menatap 'karya sulong' den tu.


........................................................................

SABTU
26 MAC 2011

Menyelongkar almari dalam studio @ storedio, aku terjumpa salinan photostat

kartun berkenaan yang disimpan sejak 1984.

Masih elok cuma, terdapat efek 'cow gum' yang bewarna perang disekelilingnya.

Dipaparkan disini beberapa muka surat untuk tatapan dan kutukan.




 
Kartun di muka surat 3 yang dilukis pada 9.7.1984

  

Kartun di muka surat 4 yang dilukis pada 9.7.1984


 Kartun di muka surat 5 yang dilukis pada 16.8.1984




 

 Kartun di muka surat 9 yang dilukis pada 16.8.1984


Kartun di muka surat 21 yang dilukis pada 17.8.1984
Ending yang klise... mimpi... habih cerite.
Melukis takde skrip, main bantai je....

semua aktikal di atas sumber asal laman web MAN HASSAN

ANDA BOLEH TERUS KE LAMAN PELUKIS MAN HASAN....








Sunday, September 18, 2011

KALAMTIMUR Meyorot kembali zaman silam komik di Malaysia --- BICARA KOMIX dari Kalamtimur








BICARA KOMIX dari Kalamtimur sila lawati blog
Seraut Pensel - Setitis Tinta - Secarik Kertas

http://eyecomix.blogspot.com/2005/12/bicara-komix-satu-persepsi.html



BICARA KOMIX: SATU PERSEPSI BAHAGIAN KEDUA
Kebanjiran komik-komik luar negara terutama yang diimport dari Hong Kong, Jepun mahupun US telah mendorong penulis berfikir sejenak. Apakah fenomena yang berlaku sedemikian rupa? Tidak adakah satu identiti komik tanahair? Jawapan mungkin ya atau mungkin tidak. Lantaran itu penulis tercari-cari jawapan sehingga bulan Jun 2002, penulis kebetulan sedang dan tengah tergila-gila mencari sumber komik tempatan melalui internet.

Penulis secara tidak sengaja telah terjumpa alamat http:// www.pergh.com dan http://www.urbancomics.com . Kedua-dua laman tersebut membicarakan aktiviti dan forum komikus-komikus dan para multimedia secara on line. Nampaknya dengan ledakan IT dan internet telah menjadi medium para pelukis-pelukis muda mempamerkan hasil kreativiti mereka secara “comics online”. Suatu platform para penggiat komik mendedahkan hasil karya mereka kepada umum. Namun, penerbitan komik terus berjalan seperti biasa selari dengan arus kebanjiran komik-komik luar negara yang dialihkan ke Bahasa Melayu. Sebut sahaja nama Lat, Jaafar Taib, Azman Yusof, Nan, Imuda, Reggie Lee, Zaharuddin Sarbini, Athool, Zint, Ben, Kaoru, Farhul, Taufan Pesaka, Aie, Maro, Shah, Adijin, Milx, Joker IX, Jackall, Petai, Oren, Lambok, tentu sekali ramai penggemar komik kenal nama-nama ini. Bagaimana nama-nama ini Halim The Alias Kulup, Nik Nordin, R. Hamzah, Sulaiman Masri, Othman Zainuddin, Dini Juri, Jimmy Kong, Marzuki, Maarof Awang, Gopa, Pot Jr, kenalkah pembaca-pembaca akan mereka?

Penulis setelah lama meninggalkan kerja-kerja melukis komik. Hampir 30 tahun, penulis hanya memerhati perkembangan komik secara jauh. Apa yang mendorong penulis untuk kembali bergiat dalam bidang ini? Jawapannya ialah untuk melihat kembali martabat komik tanahair meriah kembali. Barangkali pembaca-pembaca mungkin tertanya-tanya siapakah penulis? Beberapa buah komik yang dihasilkan penulis? Jawapanya tidaklah sebanyak mana. Kalau penulis memberikan judul-judul seperti Jaya Satria dan Pendekar Gunung Saga. T

Tentu sekali para pembaca tidak pernah membacanya. Penulis menghasilkan komik-komik bersaiz kecil tersebut ketika menunggu keputusan peperiksaan MCE/SPM pada tahun 1974. Ketika itu dipasaran harga komik cuma sekitar 50 hingga 60 sen sebuah. Nama-nama besar pelukis komik tempatan ketika itu ialah allahyarham Nik Nordin, Razali MHO atau Rizalman, Azman Yusof, Jaafar Taib, ZOY, Yamin Daud, Khuzae (sekadar menyebut beberapa nama sahaja). Sebut sahaja nama Datuk Lat, Jaafar Taib, Azman Yusof, Nan, Imuda, Reggie Lee, Zaharuddin Sarbini, Athool, Zint, Ben, Kaoru, Farhul, Taufan Pesaka, Aie, Maro, Shah, Adijin, Milx, Joker IX, Jackall, Petai, Oren, Lambok, tentu sekali ramai penggemar komik kenal nama-nama ini. Bagaimana nama-nama ini Halim The Alias Kulup, Nik Nordin, R. Hamzah, Sulaiman Masri, Othman Zainuddin, Dinie Juri, Jimmy Kong, Marzuki, Maarof Awang, Gopa, Pot Jr. Kenalkah pembaca-pembaca akan mereka ini?

Bagaimana timbul minat melukis komik? Ketika itu filem dan komik mungkin tidak dapat dipisahkan. Komik ketika itu dijadikan sebagai bahan bacaan dan hiburan ringan selain daripada menonton filem-filem di pawagam. Mungkin pembaca bersetuju atau disebaliknya dengan penulis.

Tidak dapat dinafikan, penulis seringkali terpengaruh dengan filem-filem aksi pertarungan dan kungfu dari Hong Kong atau Indonesia. Filem-filem yang hebat dari Indonesia seperti Si Buta Dari Goa Hantu dan sequelnya sebenarnya dihasilkan dari cerita komik oleh pelukisnya Jan Mihardja.

Karya-karya lain pelukis ini seperti Iblis Mengamuk Merapi dan Si Mata Siwa yang dibawa masuk oleh Penerbitan Fargoes merupakan siri komik yang paling penulis gemari.

Begitu juga, penulis amat meminati komik-komik terbitan Penerbitan Knight yang beroperasi di Kuala Lumpur seperti komik-komik PERKASA (Nik Nordin), Awang Janggut (Razali MHO), Pahlawan Kebal (Mohas) dan Tiada Maaf Bagimu (Azman Yusof). Keempat –empat komik yang diterbitkan dalam saiz kecil itu terbit serentak dalam sebulan. Di belakang komik-komik tersebut terdapat iklan dari penerbit mengkehendaki komik-komik dalam format 40 muka surat. Sementara menanti keputusan peperiksaan, penulis mencari idea melalui pengamatan dan tontonan filem-filem di pawagam.


Tidak ada pembelajaran melukis komik secara formal. Tanpa membuang masa, penulis yang tiada pengalaman melukis komik hatta menulis skrip komik pun tidak ada, terus mengambil kertas lukisan dan melakar karekter ke atas kertas.


Apa yang ada ketika itu, cuma sebuah idea yang terletak di dalam kotak fikiran. Penulis tidak mencatat apa-apa idea pada kertas. Kedaifan penulis dalam melukis komik ketika itu ialah hasil pengamatan dan buah fikiran sendiri. Jarak, waktu dan tiada kemudahan telefon di rumah ketika itu menyebabkan penulis tidak menghubungi sesiapa yang lebih arif dalam bidang ini. Penulis pernah bercadang untuk ke Kuala Lumpur menimba pengalaman dalam bidang tersebut.


Sebagai seorang anak yang patuh kepada ibubapa, niat penulis dipendamkan sahaja. Penulis secara berani telah berjaya menghasilkan komik berdasarkan syok sendiri. Beberapa bulan selepas itu, penulis cukup bangga menunjukkan komik-komik yang diterbitkan itu kepada kawan-kawan dan sanak saudara. Beberapa bayaran yang penulis dapat?

Mungkin agak lucu dan ditertawakan kawan-kawan sebab bayaran untuk melukis komik-komik tersebut tidak pernah penulis tengok pun. Pun begitu semangat tidak pernah pudar. Penulis terus melukis dan menghantar karya di beberpa penerbitan namun tiada jawapan penerimaan. Tidak juga dikembalikan komik-komik yang ditolak.

Sehingga lah sewaktu ketika GILA-GILA meledak dan laris di pasaran bak goreng pisang panas. Penulis cuba berjinak-jinak menghantar tulisan berbentuk humor di kolum 4 Penjuru Alam di majalah humor tersebut. Penulis amat berbangga apabila tulisan tersebut diterbitkan. Ketika mula menjawat jawatan tetap di Sabah, penulis cuba-cuba melukis kartun dan telah disiarkan di kolum Senyum Skot. Untuk pertama kali, penulis merasa bayaran sebanyak RM15 secara tunai disampaikan oleh Rejabhad yang ketika itu datang ke Sabah untuk mencari lokasi dan ceritanya Panau-Panau Di Sabah.

Lantaran kesibukan dengan tugas telah menyebabkan penulis berehat buat 3 dekad dalam penghasilan komik. Alatan dan kertas yang penulis guna untuk menghasilkan komik pada waktu itu mengikut kesesuaian penulis.

Memang tiada rujukan atau belajar secara formal dari mana-mana pelukis komik yang hebat. Pendek kata, penulis main belasah sahaja. Pen yang digunakan adalah sejenis fountain pen berjenama Hero dari China. Dakwat melukis pula dari jenis dakwat Cina dan India. Setelah mulai faham konsep melukis komik melalui pengamatan dan pembacaan komik-komik terbitan Suarasa dan Mediaseni, penulis mula mengerti jenis-jenis pen dan berus yang digunakan oleh pelukis-pelukis tersohor. Ketika itu pelukis seperti Suhaimi Salleh sudah pun menggunakan efek transperansi untuk shadowing seperti komik-komik manga sekarang ini. Maka penulis pun menyimpan wang saku untuk belanja sekolah.

Tujuannya ialah membeli jenis-jenis pen yang lebih mahal seperti technical pen “Staedler”. Kertas pula dari jenis radio-bond, sejenis kertas taip. Sekarang terdapat beberapa jenis pen melukis yang disposable dan kertas melukis 70 hingga 80 gms dari saiz A4 ke saiz A3. Ketika itu tiada kemudahan komputer dan aksesori lain seperti tablet-pen serta perisian digital yang canggih untuk menghasilkan komik lebih up to date.

Tiada lightbox atau kotak cahaya dan alat pengimbas untuk membantu penulis membuat pembaikan dan tracing semula lakaran asal. Kini dengan adanya alatan dan aksesori seperti itu telah banyak membantu pelukis-pelukis komik menghasilkan komik dengan lebih baik. Pelukis-pelukis komik di era digital banyak dibantu dengan perisian Adobe Photoshop, Illustrator, Corel Painter X dan Flash Macromedia. Mampukah penulis kembali mengasah pensel? Yang ada cuma harapan yang disandarkan semoga pengiat-pengiat komik dapat menggunakan segala sumber yang ada untuk meningkat martabat komik tanah air.

Wallah’hualam. Kalam Timur Kuala Terengganu 1 September 2004

Kalamtimur at 12/31/2005 04:06:00 AM

BICARA KOMIX: MEREALISASIKAN SEBUAH FANTASI BAHAGIAN KETIGA:

Dalam keluaran yang lepas, penulis telah menyentuh beberapa komik-komik yang dihasilkan oleh beberapa nama besar dalam tahun-tahun 70an dan 80an Kemunculan majalah humor Gila-Gila mengganti MAD tidak dinafikan telah mengalih pandangan dan arah pelukis-pelukis komik serious kepada yang lawak jenaka. Jaafar Taib, Azman Yusoff, Mishar dan Zainal Buang Hussein telah menubuhkan syarikat penerbitan Creative Enterprise setelah SUARASA tidak seaktif seperti sebelumnya.

Jaafar Taib cukup sinonim dengan sketsa Kalau nya, sebuah hasil karya lawak tanpa dialog. Pembaca tentu sekali masih ingat lakaran beliau yang bersahaja. Penulis kalau tidak lupa, Gila-Gila keluaran pertama diterbitkan dalm tahun 1978 (ketika itu penulis masih mengganggur). Hiasan kulit diilustrasikan oleh Zainal Buang Hussein. Azman Yusoff pula menghasilkan Lipat-lipat yang diletakkan dibelakang kulit. Memang sekali imbas dilihat, majalah tersebut seperti majalah MAD dengan rupa bentuk maskheadnya, siri KALAU dan Lipat-Lipat. Don pula menghasilkan komik karikatur berdasarkan filem-filem Melayu yang ditayangkan dalam pembikinan waktu itu seperti yang dilakukan oleh majalah MAD. Zainal Osman (Nan) yang terkenal dengan komik stripnya di Utusan Malaysia, Din Teksi pula menghasilkan kartun Ayop Anak Tulakang. Kartun tersebut berkisah seorang usahawan cekodok di kota yang berjaya menjadi usahawan yang multi-billionaire.


Pada peringkat awal Gila-gila ada persaingan yang serupa dikalangan pelukis-pelukis dan kartunis-kartunis seperti Kartekana, Mojo, Nin, Poe, Nawiah Kassim, Yusof Osman (YO), Dinie Jurie, Namron tetapi Gelihati tidak bertahan lama. Penerbitnya lebih menumpukan kepada majalah-majalah komersil, akademik serta hiburan. Bukan sekadar fantasi tetapi dalam dilema mengejar realiti, karyawan-karyawan dahulu telah menyahut seruan kerajaan untuk menaikkan taraf orang-orang Melayu dalam dunia perniagaan. Apa yang digambarkan dalam majalah GG mempunyai mesej yang tersendiri.

Tersurat dan tersirat. Allahyarham Rejabhad, bekas seorang tentera RAMD tyang pernah berkhidmat di Congo dengan PBB dimartabatkan sebagai Penghulu GG dan sekaligus Raja Kartun Malaysia, begitu banyak jasanya. Beliau telah ramai mendidik kartunis-kartunis melalui Senyum Skot dan Mekar di GG. Salah seorangnya ialah Cabai, Whitesnake, Ajin (Blackrose), Ujang, Kulat, Ambo, Alifstyle (sekadar menyebut beberapa nama sahaja).


Majalah GG cukup terkenal sehingga pejabat Creative Enterprise setiap musim cuti sekolah dan pusat pengajian tinggi seringkali dikunjungi oleh rombongan dari sekolah dari ceruk-ceruk desa dan bandar. Creative Enterprise membuka pintunya kepada pelawat-pelawat untuk melihat kartunis-kartunis berkerja.

Dengan itu peminat-peminat mudah mengenali kartunis-kartunis yang menjadi idola mereka seperti Don, Long, Tarzidi, Ujang, Aloy, Cabai (satu-satunya artis wanita ketika itu), Kulat dan ramai lagi. Gila-gila bukan sahaja berjaya menarik perhatian kaum muda, malah berjaya memikat pembaca yang mempunyai akademik tinggi. Artikel-artikel yang serious walaupun dalam bentuk satira disumbangkan oleh Datuk A. Samad Ismail, Malungun, Prof. Khoo Kay Kim dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, Creative Enterprise sebagai penerbit komik ulung ketika itu, menerbitkan majalah komik FANTASI. Tidak kerterlaluan jika dikatakan, penerbitan FANTASI ialah untuk memberi peluang kepada ramai pelukis yang agak serious dalam menghasilkan karya bertaraf dunia. Hasilkarya graduan lepasan ITM dan pusat pengajian tinggi ditonjolkan dalam majalah ini meliputi dari komik, teknik airbrush, warna air, minyak, akrilik, seni arca dan termasuk seni hiasan dalaman. Mereka diberi penghormatan yang sewajarnya oleh pihak penebit.

Pelukis-pelukis komik yang cukup terkenal di majalah FANTASI ialah Azman Yusoff, Mohas, Jelani Abu Hassan, Ahmad Kamil, Nizam Bachok, Johari Ramli (Pot Jr), Shah, Weman, Jimmy Kong manakala penulis-penulis terdiri dari Adi Al Hadi, Elias Hj. Zaidi dan Muliyadi Mahamod. Ramai kartunis pernah duduk dibawah bumbung GG dan ramai juga yang membawa haluan masing-masing.

Entahlah kenapa, mungkin keadaan pada masa itu mengizinkan mereka membawa haluan masing-masing. Ada yang menubuhkan syarikat sendiri dengan menerbitkan majalah-majalah humor. Persaingan yang sihat, justeru itu lahirnya majalah-majalah humor seperti Batu Api, Mat Jenin, Cabai , Ujang dan lain-lain.

Pelukis.kaertunis dan penulis berbakat besar Ujang sendiri ramai mendidik kartunis dibawah syarikat penerbitannya ketika itu, majalah Ujang. Antaranya ialah Aie (yang cukup terkenal dengan Abe dan Blues Untukmu) Duku, Nik, Sukun dan ramai lagi serta diperkuatkan dengan kemasukan Gayour (Gelihati) dalam syarikat tersebut.


Di era tahun 90an, begitu banyak majalah kartun sehingga penulis hendak mencari waima sebuah komik serious pon agak sukar. Majalah RILEKS terbitan Tatsun yang cukup popular dengan komik Lagenda 2000 telah berjaya menambat hati setengah pembaca setelah FANTASI menyepi. Walaupun begitu, RILEKS tidak dapat bertahan lama, penulis kurang arif mengapa RILEKS tidak dapat mempertahankan popularitinya. Barangkali dengan faktor persaingan majalah-majalah humor seperti Lanun, Ujang, APO? atau disebaliknya. Tidak lama selepas itu GEMPAK dari Art Square Creation (Mei 1998) dan UrbanComics dari Urban Revolution pula menjadi trendsetter.


GEMPAK lebih mirip kepada komik lawak ala anime dan Urbancomics lebih kepada komik serious. Penerbitan kedua-dua majalah komik ini memberi satu impak kepada penerbitan komik tanah air. Lahirlah pelukis-pelukis komik dan kartun alaf baru seperti Apoh, Taufan Pesaka, Fakhroul Anour, Kenny, Kaoru, Aimo (Gempak). Azhar, Adijin, Milx, Aim, Kromosom, Joker IX, White, Use Rizal, Zul Fadli, Zul Lee, Mafia, Peenut (Urbancomics) dan ramai lagi. Pada masa yang sama komik-komik seperti Kluangman, Blues Untuk Mu, AIE (Alternatif Indie Entertainment), ROCK, TNT, Chatterz menghasilkan ramai pelukis berbakat seperti Toyon, Tembakau, Aie, MF Ajif, Jackall (penulis tidak berapa ingat nama-nama pelukis dan komik-komik lain, dengan maaf).


Penerbit-penerbit di atas, tidak lupa juga mengadakan pertandingan dan kelas tutorial melukis komik untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru. Hasinya lahirlah buku-buku koleksi Bakat Baru Komik Malaysia 2002 dan 2003 yang diterbitkan oleh
Gempakstarz. Dalam mencari tempat untuk berkarya, pengiat-pengiat muda bukan sahaja dapat menyertai pertandingan dan menghantar karya sekali gus malah mereka boleh menjalinkan diskusi melalui forum-forum yang diadakan di website seperti di http://www.pergh.com/forum/, http://www.sifoo.com/, http://www.deviantart.com/ dan www.urbancomics.com Malah ramai pelukis bebas yang telah beriniasiatif menghasilkan website mereka sendiri untuk mempromosikan hasil karya mereka.


Penerbit komik bebas alternatif UMBRA telah memberi laluan kepada pelukis-pelukis amatur seperti Nurie, Alifstyle, Invictus, Mafia, Iki, Kimball, Odows, Ard-One, Axeral, Petrakus3D dan ramai lagi yang akan muncul. Pergh.com telah begitu besar jasanya, syabas kepada foundernya saudara Mysticmind, co-founder Agent, administrator Azarimy (UK), moderator-moderator Bootargh, Alyridura (pelukis komik ROCK), Ubdertaker, Petrakus3D, Rio dan rakan-rakan sealiran seperti Madstone, Waverider (Mesir), Hairi (Mesir/PTS Millennea One), Adzakael (Australia), Keribang (Sarawak), Icesoul, Alifstyle, Izam, Odows, Kimball, Zedd, Invictus, Gemuruh, Mikestation, Star, Thirtynine, Takara, Tarakucha, Ensalim, Buckshot, Leydi, Angel, Farah, Kiyaa, Jaymanjohn, Chulanmuiz dan penulis-penulis seperti Panaharjuna, Matrush, Madhatter, Ruby dan lain-lain yang tidak disebut. Semoga idea-idea dan hasil diskusi anda sekalian akan mencetus realiti. Biarpun di mana berada, namun satu arah dan satu tujuan. Gathering yang sekejap dikalangan warga pergh pada 31 Ogos di KLCC yang lalu juga menampakkan perkembangan yang sihat apabila ada dikalangan mereka ini mengeluarkan zine-zine mereka sendiri. Maxima Zine, CARGAS, Synthesizer, Core Peeps dan Fusion bakal meledak dipasaran terbuka sekiranya pembaca diluar sana berminat untuk mendapatkannya. Mato-mato, Fantasia, E-zine dan majalah mainstream yang lain sedang berada di pasaran bersaing secara sihat.

SOKONGLAH KOMIK MALAYSIA. Wallah’hualam. Ubdertaker - Kuala Lumpur / Kalam Timur- Kuala Terengganu http://www.umbracomix.com/forum/ 3 September 2004


Kalamtimur at
http://eyecomix.blogspot.com/2005/12/bicara-komix-satu-persepsi.html
Seraut Pensel - Setitis Tinta - Secarik Kertas

Bicara Komix: Nostalgia Komik dalam Suratkhabar
Menyingkap balik zaman tahun 70an dulu sekitar, kesempatan untuk membaca komik ketika itu cukup nostalgik sekali. Barangkali ramai di antara mereka yang pernah melalui saat ini. Masih mengenang komik-komik yang dihasil oleh penggiat komik era 70an. Ketika kanak-kanak saya hanya berkesempatan membaca komik-komik secara percuma dikedai-kedai buku. Tuan punya kedai buku nampaknya pada masa itu tidak begitu menghiraukan kalau saya membacanya secara percuma.

Saya sanggup berulang-ulang pergi ke kedai itu setiap minggu hanya untuk membaca komik walaupun ditengah hari. Kadang-kadang terpaksa menunggu ayah pulang dari pasar. Basikal tua saya pinjam untuk ke kedai yang terletak dekat dengan Kampus Mara di pekan Sura Gate. Kadang-kadan kawan saya ikut memboceng. Selepas membaca saya akan mengeluarkan wang syilling sebanyak 60 sen (yang kami kongsi separuh-separuh)untuk dibelikan surat khabar. Ketika itu terdapat dua buah syarikat surat khabar BH dan UM. Surat khabar yang kami beli seharusnya ada komik dan kartun di dalamnya. Kawan-kawan saya pula kegemarannya membaca tentang hiburan. Habis dibelek-beleknya UFF, URTV, Kisah Cinta satu persatu. Minggu depan datang lagi. Dari Satu kedai buku ke satu kedai buku. Di daerah kami hanya terdapat 3 buah kedai buku, satu dipunyai oleh Allahyarham Ustaz Pak Hitam.

Yang dua lagi itu dipunyai oleh Taukeh Cina. Boleh dikatakan muka kami yang tidak malu ini cukup familiar. Kadang-kadangkala ada juga saya membeli pen meluis di kedai itu. Tidaklah taukeh itu terasa bengang sangan kami baca percuma. Bila menyebut surat khabar, tidak lupa saya kepada pelukis-pelukis yang pernah menghasilkan karya komik di dada akhbar, seperti Allahyarham Raja Hamzah yang ketika itu bekerja sebagai residen artis di BH. Beliau kadangkala menggunakan nama pena seperti Arham atau R.Hamzah. Strokenya amat bersih dengan garisan yang tebal. Kartunya yang cukup popular pada masa itu Keluarga Si Jambul. Beliau turut menghasilkan kartun dan komik ala Disney iaitu Sang Lamri. Kisah mengenai Musang yang cerdik dikalangan haiwan-haiwan dihutan. R.Hamzah dengan nama penanya Arham adalah seorang penggiat komik dan kartun bersama majalah terbitan Suarasa yang diasaskan bersama teman-temannya yang lain seperti Razali MHO, Mishar, Rosdin, Suhaime Salleh yang cukup popular dengan majalah RINA, BAMBINO dan SPEKTRA. Mishar pula ketika itu melukis kartun secara berkala dengan UM dengan melukis kartun setiap hari. Saya sudah tidak mengingati nama judul kartunnya yang mengelekkan dan sinis itu. Ketika itu, Dato' Lat pada masa yang sama muncul dengan kartunnya di BH dan NSTP.

Pelukis komik yang masih melekat di ingati saya ialah Samudera Pewira yang melukis komik di BH dengan stroke yang tersendiri. Yang membauat saya ingat sampai sekarang belaiu suka menulis dialog dan kapsennya dengan menggunakan pembaris sebagai. Itulah trademarknya.

Trademark itu cukup sinonim dengan pertugas-pertugas di Jabatan Pendaftaran atau polis yang yang membuat pendftaran surat lahir zaman itu. Kad pengenalan saya yang lama dahulu pun ada bekas tulisan tangan dengan menggunakan pembaris. Unik kan??? Zaman itu ramai pelukis-pelukis komik yang barangkali sudah menggantungkan pen dan menyimpan botol dakwat dan kertas lukisannya. Komik bersaiz format sekarang pun mulai menggantikan komik saiz biasa War Library yang diterbitkan oleh Sinaran Bros dan Penerbitan Solo di Singapura. Nama-nama sepeti Yuzal,Rossem, Allahyarham Rahim B. (pelakon bangsawan dan dramatis tanah air) Khuzae,Gopa, Pot JR, Kamil tertera di kulit luar komik terbitan Media Seni dan Toko Buku Asia.

Sementara itu, komik dan kartun didominasikan oleh kumpulan Suarasa di akhbar-akhbar utama dan Utusan Pelajar. Utusan Pelajar yang terbit seminggu sekali dengan harga 50 sen cukup menghiburkan dengan komik persilatan(Marzuki dan Nik Nordin), cerita zaman perang dan sejarah(MOHAS dan Othman Hj. Zainuddin) , cerita penyiasatan ala James Bond (Razali MHO)dan cerita fiksyen sains (Mishar). Dewan Pelajar ketika itu ramai pelukis-pelukis komik dan produk Mara tidak kurang hebatnya dengan karya Othman Hj. Zainuddin, Mazlan Noor dan Dato' Lat sendiri.

Mingguan Malaysia pernah menyiarkan komik warna/hitam putih dari Jaafar Taib, Nik Nordin, Tarzidi dan lain-lain. Manakala Berita Harian dengan komik-komik dari Jimi (Jimmy Kong), R. Hamzah dan lain-lain lagi.





Bicara Komix: Dari Akhbar ke Majalah

Majalah Bambino pertama kali terbit ketika saya masih di Tingkatan 4 dengan tandaharga 60 senaskah. Saya mula melihat majalah kanak-kanak ini ketika berulang alik ke kedai buku Ustaz Pak Hitam. Saiz majalah ini ketika itu sama saiznya dengan komik kartun Beano dan Dandy yang diimport dari UK. Saya masih ingat isu pertama majalah itu menggunakan khidmat pelukis
Rosdin. Antara penyumbang komik dan kartun di dalam majalah kanak-kanak yang berorientasikan pendidikan ialah ialah Razali MHO, Rosdin, JunHairi, Othman Haji Zainuddin. Watak Bambino dihasilkan oleh Rosdin, begitu juga watak Rina amat berkesan sekali dihati pembaca ketika itu.

Lukiisan Rosdin amat dinenali dengan teknik cat air yang dicampur dengan media lain seperti pensel warna dan dakwat. Bentuk kerawang ukiran Melayu sebagai trademark beliau dijadikan background karya beliau.

Kartun yang membuat saya ketawa terbahak-bahak ialah yang berjudul Spy Leman, saya telah melupai nama pelukis asal kartun ini. Kalau tidak silap saya pekatun itu menggunakan nama Rashalea.

Dan kalau saya silap tidak juga, saya pernah terpandang dan terbaca judul yang sama. Kartun ini dilukis oleh Taugeh dengan senario yang berlainan. Bambino selepas isu ke 4, mendapat pelukis muda dan berwibawa. Namanya pernah saya sebut dalam entri-entri yang lalu. Tidak lain tidak bukan, ialah Suhaimee Salleh yang ketika itu pelajar jurusan Kajian Seni Lukis dengan ITM. Stroke nya sangat kemas dan detail berjaya menambat hati pembaca. Karyanya yang masterpiece ialah Anak Raja Gondang yang diangkat dari cerita rakyat. Kemudian lahir pula RINA sebuah majalah komik yang berorientasikan remaja.

Suhaime menjadi pelukis tetap dengan siri Rina dan Seri Mega yang bercorak fantasi memang mengasyikkan. Ketika adik beliau belajar dikelas saya setelah dibenarkan mengulang mengambil MCE. Cerita Rina dilukis selalu bertukar pelukis dari Suhaime ke Azman Yusof dan akhir sekali ke Nik Nordin. Suhaime Salleh meninggalkan Suarasa dengan menubuhkan Penerbitan Anggerik untuk menerbitkan Sri Mega. Adiknya pula selalu menunjukkan komik yang diterbitkan oleh Syarikat Suarasa itu kepada saya. Nik Nordin kemudian meneruskan melukis watak Bambino yang ditinggalkan oleh Rosdin. Ketika diTingkatan 6, saya bernasib baik membaca secara percuma majalah berorientasikan Medan Pelajar yang diterbitkan Suarasa. Adik Fatah Ngah iaitu A. Manan membawa majalah itu ke bilik saya di asrama.

Saya menukarkan komik yang saya lukis yang tidak seberapa kepadanya. Adik kepada Bambino Anak Rusa Nani lahir dengan beberapa keluaran sahaja. Medan Pelajar, Bambino dan Rina berkubur setelah Suarasa berpecah. Lahir pula majalah Salina dan Bujal. Ha Hu Hum berbentuk lawak pun turut lahir. Rejabhad, Rossem dan kartunis-kartunis adalah pedokong-pedokong Ha Hu Hum. S.Zain pula menerbitkan majalah kartun Jenakarama. Penerbitan majalah kartun seperti itu barangkali untuk mengimbangi BeanoGila-Gila dan Gelihati. dan Dandy. MAD sudah lama berada dipasaran. Gelombang baru lawak ala MAD pun bermula dengan penerbitan majalah Nama-nama pedokong kedua majalah lawak ini telah saya sebut di awal entri saya. Maaaflah, kalau pembaca merasa tulisan saya berulang-ulang cerita yang sama. Nan telah memulakan karier sebagai kartunis dan ilustrator dengan majalah KANCIL yang dikendalikan oleh Ignatius Dev Anand. Selepas KANCIL berkubur, barulah dia bersama dengan Gila-Gila.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

LINK..

Bernal Blog    Blog de Malavida   Blogs'decomics   Blonde Zombies   Bolsi & Pulp   Cachondíssimo, blog de destape y cachondeo A TOPE!!!   Carmen Segovia   Carpe Diem   Chicas en bikini buscando a Norman Bates   Cómic, historietas, tebeos...    Comic is Art    Cómics en extinción   Cómics y bibliotecas en absysnet.com   Corra, jefe, corra   Cultura Libre   De Cómics   Desde el desván   Desdeldesván   Deskartes Mil   Diario de Jeremy Brood    Dolor de Muelas   Dossier Negro Archivos   Editorial Cornoque  El bloc de notas de Gantry   El Blog Ausente  El blog de Jotace   El blog de Manuel Martínez   El blog de Razar  El Blog Escarolitrópico Gmnésico Musical   El Caso by Vázquez   El coleccionista de tebeos   El Cómic  El Desván del Abuelito   El faro de Leioa    El gran Vázquez   "El Inspector Dan" aquellos tiempos...