Sunday, May 28, 2017

Jaafar Taib menang Anugerah Perdana Kampung Boy 2015

Kartunis terkenal negara, Jaafar Taib dengan karya agungnya 'Jungle Jokes' berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Kampung Boy 2015 pada majlis Anugerah Kampung Boy 2015, malam ini.
Jaafar yang mempunyai minat mendalam terhadap kehidupan liar, tergaman apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah utama itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah usahanya memartabatkan industri kartun tempatan lebih 30 tahun akhirnya membuahkan hasil.
 
Ketika ditemui, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu menyifatkan pencapaian berkenaan bukan semata-mata untuk kepuasan dirinya, malah ia adalah kemenangan kepada semua pelukis kartun veteran yang telah berjuang menaikkan industri itu.
"Selama tempoh saya berkecimpung dalam bidang ini, penganugerahan kepada kartunis memang sedikit dan saya amat menghargai dengan anugerah yang saya terima ini.
"Saya harap majlis ini boleh dijadikan acara tahunan kerana saya yakin ia akan menjadi platform dalam menarik minat ramai lagi anak muda untuk berkecimpung sebagai pelukis kartun," katanya.
Berikutan pengiktirafan itu, Jaafar membawa pulang sebuah trofi, wang tunai RM5,000 dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM1,000.

Hasil carian imej untuk Majlis Anugerah Kampung Boy 2015
Bermula sebagai pereka ilustrasi di beberapa penerbitan, antaranya Utusan Melayu dan Kumpulan Varia Pop, Jaafar memulakan dimensi baharu dalam industri kartun apabila bersama-sama Meor Shariman Meor Hassan atau lebih dikenali sebagai Mishar, Azman Yusof dan Zainal Buang Hussein, mereka menubuhkan syarikat Creative Enterprise dengan menerbitkan majalah komik seperti Murni dan Bambino pada 1976.
Jaafar kemudian menghasilkan karya 'Jungle Jokes' untuk majalah Gila-Gila pada 1978 yang berjaya menghiburkan orang ramai dengan karya bercirikan kehidupan liar yang melucukan.
Majlis Anugerah Kampung Boy 2015 turut menyaksikan tujuh anugerah lain - Anugerah Kartunis Muda Berbakat yang dimenangi Dilfitri Tajudin atau lebih dikenali sebagai 'Lambok'; Anugerah Watak Kartunis Animasi, Saadon Ishak (Don); Anugerah Kartunis Editorial, Reggie Lee; Anugerah Kartunis Malaysiana, Abd Fatah Ngah; Anugerah Kartunis Terbaik, Sabariah Jais (Cabai); Anugerah Kartunis Legenda, Zainal Buang Hussein; dan Anugerah Juri dimenangi oleh Mishar.
Kesemua penerima anugerah berkenaan membawa pulang sebuah trofi, wang tunai berjumlah RM2,000 dan Sijil Simpanan Premium BSN sebanyak RM1,000.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyampaikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kartunis tanah air yang sejak berdekad lamanya, menjadi medium pengantara kepada masyarakat sebagai penghibur, pencerita, pengkritik sosial dan penyampai maklumat melalui seni lukis kartun.
Anugerah itu diambil sempena karya popular tokoh kartunis tersohor negara, Datuk Mohamad Nor Khalid (Datuk Lat) yang telah berkecimpung dalam industri seni lukis kartun tanah air sejak setengah abad lalu.
Sementara itu, Presiden Kelab Kartunis Malaysia Mohd Desa Imar berharap menerusi penganugerahan itu akan menaikkan semula industri kartun tanah air yang semakin suram.
"Saya harap melalui pengiktirafan ini, ia menjadi titik tolak merancakkan semula industri kartunis yang dilihat agak merudum kebelakangan ini," katanya.
Sementara itu, Datuk Lat terharu apabila 'Kampung Boy', salah sebuah karya agungnya, dipilih sebagai nama majlis penganugerahan kepada kartunis itu.
Malah, beliau berharap menerusi penganugerahan itu, ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk berkecimpung dalam industri kartun.
"Harapan saya agar industri kartun negara akan terus berkembang dan menjadi platform bukan sahaja sebagai penghibur, tetapi pendidik dan penyampai kepada semua lapisan masyarakat," katanya kepada Bernama.-13/10/2015




sumber 


http://www.agendadaily.com/Dengar-Khabar/jaafar-taib-menang-anugerah-perdana-kampung-boy-2015.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

LINK..

Bernal Blog    Blog de Malavida   Blogs'decomics   Blonde Zombies   Bolsi & Pulp   Cachondíssimo, blog de destape y cachondeo A TOPE!!!   Carmen Segovia   Carpe Diem   Chicas en bikini buscando a Norman Bates   Cómic, historietas, tebeos...    Comic is Art    Cómics en extinción   Cómics y bibliotecas en absysnet.com   Corra, jefe, corra   Cultura Libre   De Cómics   Desde el desván   Desdeldesván   Deskartes Mil   Diario de Jeremy Brood    Dolor de Muelas   Dossier Negro Archivos   Editorial Cornoque  El bloc de notas de Gantry   El Blog Ausente  El blog de Jotace   El blog de Manuel Martínez   El blog de Razar  El Blog Escarolitrópico Gmnésico Musical   El Caso by Vázquez   El coleccionista de tebeos   El Cómic  El Desván del Abuelito   El faro de Leioa    El gran Vázquez   "El Inspector Dan" aquellos tiempos...