Monday, November 12, 2018

Stan Lee Tribute - All Of His Marvel Universe Cameos




Stan Lee

Pencipta watak adiwira Marvel meninggal dunia 

LOS ANGELES: Stan Lee, pencipta barisan adiwira untuk siri komik Marvel meninggal dunia pada usia 95 tahun, kata anak perempuannya semalam. Selain Spider Man, mendiang turut terbabit mencipta Iron Man, Hulk, Black Panther dan sering membuat penampilan khas dalam siri filem pecah panggung yang diadaptasi dari komik berkenaan.

Sebagai seorang penulis serta editor, Lee adalah tunjang kemasyhuran komik Marvel pada tahun 1960an menerusi kerjasama dengan pelukis berbakat seperti Jack Kirby dan Steve Ditko, apabila mencipta barisan adiwira yang menarik minat pembaca muda.

 “Beliau merasakan adalah satu kewajipan kepada peminat untuk terus berkarya. Mendiang mencintai hidupnya dan pekerjaan yang dilakukan.

 Beliau disayangi keluarga serta peminat. Kehilangannya tidak mungkin berganti,” kata anak perempuannya, J.C. Lee dalam satu kenyataan. Lee tidak mendedahkan punca kematian bapanya namun laman web selebriti, TMZ berkata, beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Cedars-Sinai selepas dikejarkan ke sana dengan ambulans dari kediamannya di Hollywood Hills awal pagi semalam.

 “Stan Lee adalah manusia luar biasa seperti watak yang diciptanya,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Walt Disney Co, Bob Iger dalam satu kenyataan.

 “Skala imaginasi yang dimilikinya tidak terbatas,” katanya. Disney membeli saham Marvel Entertainment pada 2009 dengan nilai AS$4 bilion (RM16.74 bilion) menerusi perjanjian untuk memperluaskan karakter milik Disney dan sebahagian besarnya adalah hasil karya mendiang.

 Lee terkenal dengan penampilan khas dalam kebanyakan filem Marvel, antaranya menarik keluar seorang gadis dari runtuhan dalam filem ‘Spider Man’ tahun 2002 dan pengacara majlis di sebuah kelab tarian bogel untuk filem ‘Deadpool’ pada tahun 2016. Menerusi filem pecah panggung ‘Black Panther’, iaitu watak adiwira berkulit hitam, Lee beraksi sebagai pemilik kasino. - Reuters

Friday, November 2, 2018

MAJALAH AL AIN

MAJALAH AL AIN
TAHUN OKTOBER 1988
Penerbit: PENERANGAN AL ARQAM
Pelukis ROSDIN HAJI SADIN










MAJALAH TATIH

MAJALAH TATIH
Terbitan:KARYA ONE SDN BHD.
Tahun APRIL 1996
PELUKIS   ROSDIN







KOMIK WANI & WATI




KOMIK WANI &WATI
 Majalah BAMBINO
 Tahun 1979
 KARYA : Pelukis FATAH 







KOMIK SUPER BADANG

KOMIK SUPER BADANG
MAJALAH KOMIK BAMBINO
TAHUN 1979
Karya. ZAINAL BUANG HUSSEIN