Sunday, August 12, 2018

Jiro Taniguchi

PARIS: Legenda komik seni manga Jepun, Jiro Taniguchi meninggal dunia semalam di Tokyo pada usia 69 tahun, kata penerbitnya Casterman.



"Casterman dengan rasa duka cita mengumumkan Jiro Taniguchi meninggal dunia pada 11 Februari," kata syarikat itu menerusi laman web, mengucapkan takziah kepada keluarga artis itu.







Hasil seni Taniguchi menerima pengiktirafan menerusi karya seperti "The Walking Man", "The Summit of the Gods" dan "The Magic Mountain". Beliau dipuji kerana hasil lukisan yang halus dan landskap yang indah.


Dilahirkan pada 1947 dalam sebuah keluarga sederhana di bandar Tottori, kira-kira 100 kilometer di timur laut ibu negara lama bandar diraja Kyoto. Kartun pertama yang dihasilkannya diterbitkan pada 1970.

Beliau sangat popular di Perancis, salah sebuah pasaran terbesar untuk hasil karya grafik dan pada 2015 Festival Kartun Tahunan yang diadakan di bandar Angouleme mengadakan pameran untuk mengimbau kembali semua hasil karyanya.


Ketika temubual AFP di Tokyo pada 2012, mendiang Taniguchi memberitahu, beliau tidak menggunakan komputer kerana tidak tahu menggunakannya.

"Saya tidak mempunyai kemahiran itu. Saya juga tidak tahu kenapa saya lebih dikenali di luar Jepun. Mungkin kerana hasil karya saya sama dengan komik Barat, yang saya ikuti lebih 30 tahun hingga ia mempengaruhi minda bawah sedar saya," katanya. - AFP