Friday, June 25, 2010

Komik Hanya Mimpi - pelukis komik Suhaime Salleh (1974)



Dari majalah RINA terbitan tahun 1974

Suhaime Salleh ialah seorang pelukis komik Malaysia yang mendapat didikan dalam bidang yang berkaitan di ITM (sekarang UITM) ini agak aktif sekitar tahun 1980an. Suhaimi Salleh, yang berasal dari Setiu, Terengganu ini cenderung menrapkan nilai falsafah dalam karya-karyanya di majalah BAMBINO , RINA dan FANTASI.

Komik-komiknya mencakupi pemikiran yang kritis. Anak Raja Gondang diadapatasikan dari ceritera rakyat. Seri Mega berkisah cerita fantasi dan Qorim disiarkan semula dalam bentuk warna di majalah Gila-Gila. Anarkali pula adalah cerita yang diangkat dari legenda pemerintahan Mogul di India, kisah percintaan Salim putera Auranzeb, dengan penari istana.

Monday, June 21, 2010

PELUKIS KOMIK - Raja Hamzah



Komik RINA keluaran pada tahun 30 September 1973
Keluaran:
Syarikat SUARASA
Bangsar, Kuala lumpur.
komik ini saya fotocopy asal kepunyaan pelukis BUJAL, Nasah pada tahun ... (tak ingat ) Terima kasih NASAH (Sharif Hassan) sempat juga saya simpan copynya






Pernahkah korang membaca Siri kartun "Keluarga Mat Jambul"?. Siri kartun "Keluarga Mat Jambul " ini dihasilkan oleh Raja Hamzah. Watak kartun ini disiarkan sejak keluaran sulung Berita Harian pada 1 Julai 1957 hingga 1981. Keluarga Mat Jambul menampilkan kisah-kisah lucu dalam kehidupan seharian watak utamanya Mat Jambul dan isterinya Gayah. Asal usul nama Mat Jambul boleh dirujuk kepada dua sumber : pertama adaptasi fonetik nama "Gambols" dalam bahasa Melayu, dan kedua, ia merujuk kepada stail rambut jambul yang popular di kalangan lelaki dekad 50-an dan 60-an.

Siapa Raja Hamzah?Kalau korang hendak tahu, Raja Hamzah ini ialah kartunis dan pelukis komik tanah air yang terkenal lagi berpengaruh pada awal perkembangan kartun Melayu pada dekad 1950 –an. Beliau merupakan kartunis dan pelukis komik penting dalam akhbar Melayu menjelang dan selepas kemerdekaan. Raja Hamzah pernah bekerja untuk penerbit penting akhbar-akhbar Melayu, iaitu Utusan Melayu Press dan The Straits Times. Siri-siri kartun dan komiknya muncul dalam Utusan Melayu pada dekad 50–an , dan diterbitkan berterusan dalam akhbar Berita Harian sejak keluaran sulungnya lagi. Karya-karya Raja Hamzah mewarnai dunia kartun dan komik Melayu 1950-an hingga 1960-an. Malah, perkembangan dunia kartun dan komik Melayu pada era awal selepas merdeka selari dengan perkembangan profesionnya.

Raja Hamzah menjadi wira dan inspirasi ramai pelukis muda, termasuklah kartunis tersohor Lat. Sebelum menghasilkan "Keluarga Mat Jambul" dalam Berita Harian dan Berita Minggu, Raja Hamzah menerbitkan siri kartun lerang "Dol Keropok dan Wak Tempeh" serta komik-komik cerita seram dalam Utusan Zaman pada 1950-an. "Dol Keropok dan Wak Tempeh" serta "Keluarga Mat Jambul" adalah dua sumbangan penting Raja Hamzah kepada perkembangan dunia kartun Melayu. Menerusi kedua-dua siri ini, beliau menjadi kartunis pertama yang mempersembahkan kisah perhubungan suami isteri dan hidup keluarga dalam kartun-kartun selepas kemerdekaan. Pendekatan yang konsisten dalam menggambarkan tema sosial ini menjadi ikutan, khususnya dalam tradisi kartun lerang selepas Merdeka.

Subjek tersebut dikembangkan oleh Lat menerusi "Keluarga Si Mamat" dalam Berita Minggu, dan "Din Teksi" oleh kartunis Nan dalam Mingguan Malaysia. Menerusi jenaka, siri kartun seumpama itu menjadi wadah menghibur serta mengkritik sikap masyarakat, disamping membuat komentar terhadap isu-isu budaya dan moral semasa.

Analisis terperinci mendapati "Keluarga Mat Jambul" sebenarnya adalah karya adaptasi siri kartun " The Gambols" yang dilukis oleh kartunis terkenal Inggeris Barry Appleby. Dari segi gaya lukisan, seperti Appleby, Raja Hamzah menggunakan pengolahan ringkas dan kemas. Walaupun terdapat banyak persamaan di antara "Mat Jambul" dan "The Gambols", Raja Hamzah berusaha menerapkan elemen-elemen kemelayuan dalam watak-wataknya, misalnya menerusi penampilan pakaian-pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, batik, kebaya dalam beberapa siri awalnya.

Selain itu, ceritanya juga direka dalam persekitaran budaya tempatan, meskipun wataknya dipinjam dari luar.Mat Jambul muncul selama 24 tahun (1957-1981), sementara "The Gambols" diterbitkan akhbar Daily Express untuk lebih 46 tahun sejak 1950. Siri itu berakhir bila Appleby meninggal dunia pada 1996 (Ketika berumur 86 tahun) . Raja Hamzah meninggal dunia pada tahun 1981 – (Al-Fatihah buat Allahyarham Raja Hamzah).

Sumber:
Artikel Prof. Madya Dr. Muliyadi Mahamood
Sumber lain:

R.Hamzah atau nama sebenarnya Raja Hamzah merupakan pelukis komik dan kartun 1960-an dan 1970-an. Allahyarham R.Hamzah yang juga mengggunakan nama karyanya Arham adalah salah seorang ilustrator, kartunis dan pekomik yang bertugas dengan Berita Harian. Antara komik-komik yang dilukis sewaktu beliau berkarya ialah strip kartun dan komik Keluarga Si Jambul (Berita Harian), Si Lamri (Utusan Pelajar), Dol Keropok dan Wak Tempe dan turut menyumbang komik kepada majalah Bambino dan Rina (Syarikat Penerbitan Suarasa)

Friday, June 18, 2010

PELUKIS ZOY (MOHD ZOHRI SUKIMI) - Hulubalang Rimau Kembali






Mohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke hari ini. Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyinngkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.

Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI dan Gempak, (awal penerbitan) beliau turut menjadi pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.Mohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke hari ini.
Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyinngkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.

Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI dan Gempak, (awal penerbitan) beliau turut menjadi pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.

Srikandi Selendang Mayang Komik berwarna1985 - Azman & Mishar



KOMIK- Srikandi Selendang Mayang - Azman & Mishar komik terbitan BAYAN
pada tahun 1985 ini adalah komik berwarna... fulamak komik warna pada masa itu best.
terima kasih kepada Wak Zainal selaku penerbitnya...

PELUKIS KOMIK - AZMAN YUSUF (Puteri RAJAWALI)







Pelukis AZMAN YUSUF siapa yang tidak kenal dengan kehandalannya dengan lukisan wanita nya yang ayu cantik dan em.. itulah Azman Yusuf aku meminatinya.



Azman Yusuf, lahir pada tahun 1955 di Kota Bharu, Kelantan. Merupakan salah seorang Pengarah Penerbitan CESB ketika mula ditubuhkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelukis komik dan ilustrator ulung di Malaysia. Hasil sentuhannya dapat dilihat dikebanyakkan novel-novel terbitan CESB. Azman Yusuf mula menceburkan diri dalam bidang komik melalui Tiada Maaf Bagimu di Syarikat Penerbitan Knight - sekitar 1970 an- sebuah komik format 40 muka surat bersaiz A5.






gambar ikhsan http://gobok-lama.blogspot.com/

sila lawati

http://jiwatempatan.blogspot.com/2008/04/azman-yusof-pelukis-komik-dan.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

LINK..

Bernal Blog    Blog de Malavida   Blogs'decomics   Blonde Zombies   Bolsi & Pulp   Cachondíssimo, blog de destape y cachondeo A TOPE!!!   Carmen Segovia   Carpe Diem   Chicas en bikini buscando a Norman Bates   Cómic, historietas, tebeos...    Comic is Art    Cómics en extinción   Cómics y bibliotecas en absysnet.com   Corra, jefe, corra   Cultura Libre   De Cómics   Desde el desván   Desdeldesván   Deskartes Mil   Diario de Jeremy Brood    Dolor de Muelas   Dossier Negro Archivos   Editorial Cornoque  El bloc de notas de Gantry   El Blog Ausente  El blog de Jotace   El blog de Manuel Martínez   El blog de Razar  El Blog Escarolitrópico Gmnésico Musical   El Caso by Vázquez   El coleccionista de tebeos   El Cómic  El Desván del Abuelito   El faro de Leioa    El gran Vázquez   "El Inspector Dan" aquellos tiempos...