SUMBER:
http://manhassan.blogspot.com/2011/03/karya-sulung-bersama-penerbitan.html
Di sini di siarkan untuk tatapan generasi baru... DUNIA KARTOON merakamkan memori yang mana kami temui laman wab beliau.. untuk di kongsi bersama silalah berkunjung kelaman Wab asal.. MAN HASSAN
Karya sulung bersama penerbitan Mediaseni - 1984
Cover ini dilukis oleh Rosli Ibrahim. |
Peh... tetiba mata terpandang gambar diatas.
Lepas meng'click' pada website yang memuatkan imej asalnya tertera 'Lan Antique Collection Komik Lama'. (http://lan-lamadanantik.blogspot.com/)
Website berkenaan mengumpulkan segala macam barang-barang lama termasuk majalah komik dan kartun lama lagi antik.
Ianya sebagai koleksi peribadi pemilik web itu dan juga untuk dijual.
Anda bulih mengakses web berkenaan untuk mengetahui lebih detail apo yang ado didalamnya.
Buku kartun aku kat atas tu memang dah lamapun. Tahun 1984. Aku baru dua tahun lebih menetap di KL.
Dalam website itu, buku kartun aku diperagakan bersama tiga lagi karya dalam bentuk komik. Kiranya untuk dilelong le tu.
Tajuk komik : Si Kudung Pendekar Sakti. Keluaran : Berjaya Enterprise. Pelukis : Md. Zohri Sukimi, Sijangkang Klang. Tahun : 1974. Harga : 50 sen |
Tajuk komik : Naga Hitam. Keluaran : Penerbitan Media Seni Pelukis : Mansoor Ibrahim. Tahun : Tak tahu. Harga : 60 sen |
Mansur Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah
gambar ni di ambil pada penghujung 2006.
link berkaitan:
http://pekomik.blogspot.com/2010/03/mansur-ibrahim-telah-kembali-ke.html
http://pergh.com/forum/mags-review-news-and-events/mansur-ibrahim-telah-kembali-ke-rahmatullah/20/
Tajuk komik : Rahsia Bukit Emas. Keluaran : Penerbitan Media Seni. Pelukis : Kasbi Sarbini. Tahun : Tak tahu. Harga : 60 sen. |
KASBI SARBINI..
Kasbi Sarbini bersama lukisan yang pernah digunakan untuk kulit depan majalah Mastika yang dipamerkan di Menara Kuala Lumpur.
http://malaysian-artist.blogspot.com/2005/05/kasbi-sarbini.html
Tajuk komik : Siri penyiasatan gila, Awang Pong. Keluaran : Penerbitan Media Seni. Pelukis : Man Hassan. Tahun keluaran : 1984. Harga : 70 sen.
Cuma pelukis
Kasbi Sarbini sahaja aku berpeluang mengenali dengan lebih dekat. Sebab
kami satu pejabat sejak aku menyertai Utusan pada 1994. Kasbi atau
lebih dikenali dengan panggilan Wak Kasbi telahpun bersara, tapi masih
aktif melukis.
Sementara Mansor Ibrahim dan Mohd Zohri aku cuma mengenali dari jauh tapi karya mereka amat dekat padaku.
Mohd Zohri atau nama penanya Zoy dulunya pernah bertugas diUtusan tetapi sewaktu aku masuk dia dah lama 'belah' meninggalkan karyanya yang menjadi sebutan iaitu 'Ayoko'.
Beliau kini di akhbar Berita Harian dan masih jugak aktif 'berkomik' dan 'berkartun'
sampaikan bergegar jugak le Jalan Riong dengan aksi Ultraman lari diligan ombak Tsunami.
Aku dibayar RM200 untuk kartun itu.
Tidaklah
lumayan, tapi boleh la berlagak mengisi perut dengan makanan ala Thai
seminggu. Seminggu je. Lepas tu balik asal dengan makanan 'ala dua minit
copek dimasak sodap dimakang'.
Seingat
aku, lima atau enam buku kartun aku diterbitkan oleh Penerbitan
Mediaseni yang beroperasi di Seri Gombak dimana aku menetap diKampung
Melayu, Ampang
dan bekerja di Taman Keramat pada waktu itu.
Ada yang masih dalam simpanan. Ada yang dah ghuyup.
Apapun terima kasih bebanyak pada abang Yamin Daud, pemilik Mediaseni kerana
memberi ruang dan peluang aku bekarya pada waktu itu walaupun 'hasil kerja' aku
agak kureng asem.
Pada pemilik (http://lan-lamadanantik.blogspot.com/, terima kasih kerana dapek
jugak den menatap 'karya sulong' den tu.
........................................................................ SABTU 26 MAC 2011 Menyelongkar almari dalam studio @ storedio, aku terjumpa salinan photostat kartun berkenaan yang disimpan sejak 1984. Masih elok cuma, terdapat efek 'cow gum' yang bewarna perang disekelilingnya. Dipaparkan disini beberapa muka surat untuk tatapan dan kutukan.
Kartun di muka surat 3 yang dilukis pada 9.7.1984
Kartun di muka surat 4 yang dilukis pada 9.7.1984
Kartun di muka surat 5 yang dilukis pada 16.8.1984
Kartun di muka surat 9 yang dilukis pada 16.8.1984
Kartun di muka surat 21 yang dilukis pada 17.8.1984
Ending yang klise... mimpi... habih cerite.
Melukis takde skrip, main bantai je....
semua aktikal di atas sumber asal laman web MAN HASSAN
ANDA BOLEH TERUS KE LAMAN PELUKIS MAN HASAN....
|