Labels

(almarhum) (Dakwah) (MOHD ZOHRI SUKIMI) (Noah Lindsey Cyrus) (Puteri RAJAWALI) (YUSUF OSMAN) 1942-2000. 1Malaysia through 31st International Comic Fair 3D movie review 9th China International Cartoon A bug's life HQ A Troll in Central Park OST A True Hero of Hollywood A. Ghafar Bahari Abdul Fatah Adventures of Superman AKAM AL - MUKMINAH AL - NASIHAH Al Williamson Alex Raymond Alias ​​Kulob Aloy Amir Astar anak rusa nani Andreas Deja Anshari anugerah Art and Animation Astro Boy Full Movie Azman Azman Yusof bambino BAMBINO pelukis Barcelona Batman. Bob Kane (1915-1998) Bawang Putih Bawang Merah Bee Burp Studio Sdn Bhd berita harian Best Artist of the Year 2006 Blue Pipe Studio Sdn Bhd. Bob Kane Bola Kampung Movie Boris Vallejo BUDI ANAK YATIM BUJiL komik buku komik CAHAYA oleh Rizalman California On Comic-Con Captain America Cari Bakat - JAS cartoonist Castle in the Sky Catalonia cerita MISHAR Citam & Cikus comic comic book writer comic. Comics Legend Cover Komik terbitan USEHA REMAJA COVER MAJALAH HASIL Creative Enterpiise.1977 CREATIVE ENTERPRISE D.inosaur Datangnya dari rimba.. JAAFAR TAIB datok lat David Shukor dc comic DENAK Dewan Bahasa dan Pustaka DI SEBALIK Tabir Disney Disney Epic Mickey Djair documentary Documentary of Totoro Dokumentasi Retrospeksi Don Bluth Don Bluth Animation Don Bluth´s Downtown Disney Dragon's Lair's Legacy drawing for a fan Dunia komik Malaysia Eric Goldberg Eric Powell Erik Larsen fairul hafiz FANTASI Fatah Felix comic Flash Gordon Frank Frazetta Frank Miller Rant Frank Quitely Frank Thomas Frank Thomas - Disney Family Album Frank Thomas cameo Gambar pelukis komik game intro Gila-gila Glen Keane Animates a Scene Glue Studios Godam karya Wid NS Groo Artist Sergio Aragones Gundala karya Hasmi haji Sulaiman Awang HALEM TEH HALIM TEH Hans Jaladara HANTU BOSIA Harvey Kurtzman Harya Suraminata (Hasmi) Hayao Miyazaki hayao miyazaki . tsunami Hayao Miyazaki interview (English sub) Himpunan 500 karya kartun History of Comic-Con Horn Dog House Un-American Activities Committee HOW DRAGON 2 How to Train Your Dragon (2010) - Official Trailer #1 [HD QUALITY] Howls moving castle Hulubalang Rimau Kembali Inapena Studio Sdn Bhd Inspirational Leader International Convention Interview J Scott Campbell J. Scott Campbell J.M Barrie's literary classic JAAAFAR TAIB Jaafar Taib Jack Davis JACK KIRBY Jalan Pantai Baru JAMES HARREN Jan Mitaraga JAPAN ANIME COSPLAY Japanese manga artist Jas Joe Kubert Joe Simon Joel Chandler Harris John Lasseter John Lounsbery Julie Bell fantasy artwork Jungle Jokes Juragan Jutamas Permata karakter kartun wajah Malaysia Kartunis KARTUNIS FATAH Kartunis Malaysia yang aktif Bekarya Kartunis Umbut KASBI SARBINI Kerana Kau Khuzae Mohd koleksi majalah Kolektor Komik KOMIK KOMIK Djair KOMIK Anak Rusa Nani pelukis AZMAN KOMIK GUA MAUT Komik Indonesia KOMIK jenaka TUAH KOMIK JODOH DAN PERTEMUAN KOMIK KUCING karya: YO komik lama KOMIK MATAHARI PUN TENGGELAM KOMIK PATUNG Komik Pengemis Sakti komik PERKASA KOMIK PULANGLAH RIDON komik PUTERI SAADONG KOMIK RADIN KOMIK RATU KOMIK RATU ULAR Komik RINA KOMIK SALINA KOMIK SUPER BADANG KOMIK WAJAH di cermin puaka KOMIK WANI & WATI Komik Wid NS Komik-M komikindonesia kucing kutu Langkah PERTAMA Lat's vision Lou Scheimer LUKISAN lukisan JAAFAR TAIB LUKISAN PAK CIK ROSDIN HAJI SADIN lukisan PATAH M. Daud shukur. Majalah MAJALAH AL AIN Majalah ANGGERIK Majalah Bujal Majalah DEWISAKTI Majalah Fantasi majalah Gelihati Majalah KANCIL majalah MURN majalah salina DISEMBER 1980 MAJALAH TATIH MAJALAH TATIH (Dakwah) ROSDIN Malaysia MANSOOR IBRAHIM Masih Ada Masters of the Comic Book Art Maus Mediaseni.Kalamtimur Meninggal Meninggal Dunia Milt Kahl - Disney Family Album Mingguan Wanita Mior Shariman Mior Hassan Mishar Mohammad Yazid MOHD ZAIN SALEH Murata Renji MURNI Muzium Negara My Studio Ghibli NASAH NEWS dunia kartoon NIK NORDIN NIZAM BACOK NORA ABDULLAH NORMAN ROCKWEL Old cartoons oleh SULAIMAN AWANG Ollie Johnston online comic P.onyo on The C.liff PAK CIK ROSDIN HAJI SADIN Pamiran karton Pamiran Karton dan Komik ParaNorman (Behind The Scenes Featurette) Patsy Mintaraga PeKOMIK Pelita Ajaib Sdn Bhd Pelukis PELUKIS MAN HASSAN PELUKIS - PELUKIS - Zainal Buang Hussein Pelukis AZMAN YUSOF pelukis BUDIN ( Jamaludin) Pelukis Bujal Pelukis FATAH pelukis komik PELUKIS KOMIK - AZMAN YUSUF PELUKIS KOMIK - Raja Hamzah Pelukis komik.... Ganes Th. Pelukis RAZ STUDIO pelukis ROSDIN Pelukis ROSDIN HAJI SADIN PELUKIS ZOY PEMBURU ILHAM- FATAH pemenang komik Pencil Test Animation PENDITA (Julai 1974) PENERANGAN AL ARQAM Penggali kubur penulis khat peraduan komik Perkembangan dunia animasi di Malaysia Peter Pan PHILIPPE DRUILLET Planeta 51 Ponyo Porco Rosso POTRET PAK ALI Princess Mononoke Profesor TUK-TUK Profil Teguh Santosa R. A. Kosasih Ramadhan Mat Jo RAZ STUDIO Razali MHO retire from making feature-length film. REZA RINA Rio Primi due minuti RIZALMAN Roger Rabbit (1988) Rosdin ROSDIN HAJI SADIN Rosli Hamid rossem rujukan rumah karton Rumah KARTUN dan KOMIK Rumah Kartun dan Komik Malaysia Ryan Woodward S Mohamad S ZAIN S ZAIN. SALAH BURUAN SALINA Sangkar Puaka sejarah komik Sergio Aragones SHARK DALE Si Buta dari Gua Hantu karya Ganes TH SI KATAK SI KATAK.(Utusan Pelajar) Si Pintar Siege Signing Sizzle trailer (Full) Spain Spiegelman Spirited Away Srikandi Selendang Mayang Stan Lee Studio Ghibli Studio Ghibli Museum Suarasa SUHAIME Suhaime Salleh Sumpahan dilembah Tembeling Syarikat Creative Holding Syarikat SUARASA Tajul Arifin Takehiko Inoue Tatsuyuki tanaka Taugeh Picture Sdn Bhd Teguh Santosa TERBELAnya Nasib kartunis the 2013 Comic-Con The Amazing Awang Khenit The Borrower Arrietty The Brazilian house 3DAR the Comic-Con 2013 The Immortal Iron Fist The king of comics The Lion King The Making The Polar Express (2004) the Seiun Award. The World Cosplay Summit 2013 THINKAboutTheINK Thumbelina Tikus Munduk Tong Kosong Tribute - All Of His Marvel Udin MH Universe Cameos UTUSAN MELAYU Utusan Pelajar Wahidi Wak Punk Walt Disney Walt Disney’s THE PRINCESS AND THE FROG Ward Kimball- Disney Family Album watak A.Mahmud Widodo Noor Slamet Wonder bout fluximation Wonder Gallery Event Yamin Daud Yusof Osman YUZAL Zadin Zadin.Majalah Bujal Zainal Buang Hussein Zainal Buang Hussein.Pameran ZOY

ad

Showing posts with label RIZALMAN. Show all posts
Showing posts with label RIZALMAN. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

KOMIK GUA MAUT ( Utusan Pelajar ) oleh RIZALMAN


KOMIK GUA MAUT ( Utusan Pelajar ) oleh RIZALMAN


http://anoktupa.blogspot.com/2007/08/majalah-salina-revisited.html



RIZALMAN dan majalah SALINA


sumber:
http://anoktupa.blogspot.com/2007/08/majalah-salina-revisited.html

Kerap kali aku mengutarakan akan kelebihan majalah Salina didalam beberapa entri aku sebelum ini. Kenapa Majalah Salina? Kenapa perlu mengambil contoh majalah yang sudah lama berkubur untuk dijadikan sebagai contoh majalah terbaik? Apakah keistimewaan majalah Salina sehingga aku asyik dan sering menyebut perihal majalah ini?

Mari kita kembali ke zaman dimana majalah Salina menjadi pujaan puluhan ribuan pembaca di Malaysia suatu ketika dahulu. Mari pelajari apakah keistimewaan majalah Salina. Mari kita ambil, tiru, stereotyping atau apa sahaja formula yang kita fikir boleh membantu menyuburkan kembali arena komik tanahair.

Persoalannya sekarang, kenapa majalah Salina berjaya pada eranya, pada zamannya? Cuba kita semak kembali apakah menu utama majalah Salina yang menyebabkan seorang pembaca boleh terpikat kepadanya?

Majalah Salina adalah keluaran sulung Raz Studio dan mula diterbitkan pada 70-an dengan barisan pelukis-pelukis komik yang agak hebat. Pada ketika itu siapa tidak kenal Rizalman, Zawawie HO, Sang Arif Budiman, S Zain, Samudra Perwira, S Mohammad dan R Rahimah?

Lukisan merekalah antaranya yang mewarnai majalah Salina sehinggakan digilai ramai pembaca tidak kira lapisan umur dan jantina.

Persoalannya disini, kenapa majalah Salina mampu mendapat tempat?

Cuba perhatikan menu utama majalah Salina. Bukankah komik Salina sendiri yang menjadi komik utama majalah ini? Inilah menu utama majalah sehinggakan mampu bertahan berbelas tahun lamanya. Inilah menu yang tidak mampu diterbitkan oleh kebanyakkan pelukis majalah komik ketika ini. Mereka hanya mampu membuat cerita 'one shot' atau jika bersambung pun hanya 3,4 keluaran dan selepas itu, kehabisan modal.

Jika ada yang mampu bertahan sehingga berpuluh episod pun, jalan cerita menjadi masalah utama siri komik tersebut dimana tiada sambutan kerana pembaca tidak langsung tertarik malah tiada niat untuk mengikuti perkembangan siri komik tersebut.

Inilah yang kerap dilakukan Gempak dan komik-komiknya. Entah apa yang diceritakan sedangkan majoriti pembaca sudah muak dan jemu dengan jalan ceritanya yang asyik berkisar dengan dunia fantasi. Dari dahulu sehingga sekarang, fantasi fantasi fantasi sehingga majalah Fantasi pun diberhentikan.

Arena komik tempatan bukannya ketandusan pelukis-pelukis hebat tetapi yang menjadi masalah utama adalah penulis komik yang cukup kreatif. Kita kekurangan penulis komik yang betul-betul boleh membawa arena komik tempatan ke satu tahap yang boleh dibanggakan seperti zaman majalah Salina dahulu.

Lebih malang lagi apabila pelukis komik sendiri yang melukis dan menulis cerita komik mereka sehingga menjadi bahan syok sendiri yang melampau dan memualkan tekak! Lukisan bukanlah satu isu disini TETAPI isi cerita komik tersebut yang aku persoalkan.

Apa yang aku nampak setakat ini, hanya AIE yang betul-betul mampu menulis cerita dengan baik tetapi malangnya lukisannya lebih berbentuk kartun.

Bahan itulah yang menjadi pokok pangkal kejayaan majalah Salina. Cerita komik Salina yang begitu menghiburkan walaupun mempunyai episod yang panjang meleret tetapi pembaca mudah terhibur dan terus terpikat dengannya.

Ada satu komik cuba menjadikan kisah cinta sebagai menu komik keluaran mereka malangnya, lukisan menjadi masalah besar mereka. Isi cerita amat menarik tetapi lukisannya begitu mengecewakan. Walaupun di terbitkan semula oleh sebuah penerbitan besar, komik tersebut masih lagi gagal kerana tiada apa-apa perubahan langsung yang dilakukan. Sekali lagi komik tersebut gagal!

Inilah menu yang dilupakan oleh kebanyakkan penerbit majalah komik, cerita yang boleh memikat dan menarik pembaca untuk terus membeli majalah mereka.

Begitu juga dengan sebuah penerbitan yang besar. Mereka gagal memanfaatkan kelebihan mereka mempunyai ratusan penulis novel yang terkenal tetapi masih gagal untuk menjadikannya sebagai menu utama majalah komik mereka. Akhirnya majalah itu diberhentikan.

Bukalah mata wahai penerbit majalah sekelian. Galilah sedalam mana untuk mencari bakat penulis komik, renangilah seluas mana lautan pun untuk mencari Alan Moore, Brian K Vaughan atau Brian Azzarello versi Malaysia yang mampu menaikkan arena komik tempatan.




Sila berkunjung ke sumber asal di sini
http://anoktupa.blogspot.com/2007/08/majalah-salina-revisited.html

IKHSAN anoktupa.blogspot

Sunday, September 18, 2011

KALAMTIMUR Meyorot kembali zaman silam komik di Malaysia --- BICARA KOMIX dari Kalamtimur








BICARA KOMIX dari Kalamtimur sila lawati blog
Seraut Pensel - Setitis Tinta - Secarik Kertas

http://eyecomix.blogspot.com/2005/12/bicara-komix-satu-persepsi.html



BICARA KOMIX: SATU PERSEPSI BAHAGIAN KEDUA
Kebanjiran komik-komik luar negara terutama yang diimport dari Hong Kong, Jepun mahupun US telah mendorong penulis berfikir sejenak. Apakah fenomena yang berlaku sedemikian rupa? Tidak adakah satu identiti komik tanahair? Jawapan mungkin ya atau mungkin tidak. Lantaran itu penulis tercari-cari jawapan sehingga bulan Jun 2002, penulis kebetulan sedang dan tengah tergila-gila mencari sumber komik tempatan melalui internet.

Penulis secara tidak sengaja telah terjumpa alamat http:// www.pergh.com dan http://www.urbancomics.com . Kedua-dua laman tersebut membicarakan aktiviti dan forum komikus-komikus dan para multimedia secara on line. Nampaknya dengan ledakan IT dan internet telah menjadi medium para pelukis-pelukis muda mempamerkan hasil kreativiti mereka secara “comics online”. Suatu platform para penggiat komik mendedahkan hasil karya mereka kepada umum. Namun, penerbitan komik terus berjalan seperti biasa selari dengan arus kebanjiran komik-komik luar negara yang dialihkan ke Bahasa Melayu. Sebut sahaja nama Lat, Jaafar Taib, Azman Yusof, Nan, Imuda, Reggie Lee, Zaharuddin Sarbini, Athool, Zint, Ben, Kaoru, Farhul, Taufan Pesaka, Aie, Maro, Shah, Adijin, Milx, Joker IX, Jackall, Petai, Oren, Lambok, tentu sekali ramai penggemar komik kenal nama-nama ini. Bagaimana nama-nama ini Halim The Alias Kulup, Nik Nordin, R. Hamzah, Sulaiman Masri, Othman Zainuddin, Dini Juri, Jimmy Kong, Marzuki, Maarof Awang, Gopa, Pot Jr, kenalkah pembaca-pembaca akan mereka?

Penulis setelah lama meninggalkan kerja-kerja melukis komik. Hampir 30 tahun, penulis hanya memerhati perkembangan komik secara jauh. Apa yang mendorong penulis untuk kembali bergiat dalam bidang ini? Jawapannya ialah untuk melihat kembali martabat komik tanahair meriah kembali. Barangkali pembaca-pembaca mungkin tertanya-tanya siapakah penulis? Beberapa buah komik yang dihasilkan penulis? Jawapanya tidaklah sebanyak mana. Kalau penulis memberikan judul-judul seperti Jaya Satria dan Pendekar Gunung Saga. T

Tentu sekali para pembaca tidak pernah membacanya. Penulis menghasilkan komik-komik bersaiz kecil tersebut ketika menunggu keputusan peperiksaan MCE/SPM pada tahun 1974. Ketika itu dipasaran harga komik cuma sekitar 50 hingga 60 sen sebuah. Nama-nama besar pelukis komik tempatan ketika itu ialah allahyarham Nik Nordin, Razali MHO atau Rizalman, Azman Yusof, Jaafar Taib, ZOY, Yamin Daud, Khuzae (sekadar menyebut beberapa nama sahaja). Sebut sahaja nama Datuk Lat, Jaafar Taib, Azman Yusof, Nan, Imuda, Reggie Lee, Zaharuddin Sarbini, Athool, Zint, Ben, Kaoru, Farhul, Taufan Pesaka, Aie, Maro, Shah, Adijin, Milx, Joker IX, Jackall, Petai, Oren, Lambok, tentu sekali ramai penggemar komik kenal nama-nama ini. Bagaimana nama-nama ini Halim The Alias Kulup, Nik Nordin, R. Hamzah, Sulaiman Masri, Othman Zainuddin, Dinie Juri, Jimmy Kong, Marzuki, Maarof Awang, Gopa, Pot Jr. Kenalkah pembaca-pembaca akan mereka ini?

Bagaimana timbul minat melukis komik? Ketika itu filem dan komik mungkin tidak dapat dipisahkan. Komik ketika itu dijadikan sebagai bahan bacaan dan hiburan ringan selain daripada menonton filem-filem di pawagam. Mungkin pembaca bersetuju atau disebaliknya dengan penulis.

Tidak dapat dinafikan, penulis seringkali terpengaruh dengan filem-filem aksi pertarungan dan kungfu dari Hong Kong atau Indonesia. Filem-filem yang hebat dari Indonesia seperti Si Buta Dari Goa Hantu dan sequelnya sebenarnya dihasilkan dari cerita komik oleh pelukisnya Jan Mihardja.

Karya-karya lain pelukis ini seperti Iblis Mengamuk Merapi dan Si Mata Siwa yang dibawa masuk oleh Penerbitan Fargoes merupakan siri komik yang paling penulis gemari.

Begitu juga, penulis amat meminati komik-komik terbitan Penerbitan Knight yang beroperasi di Kuala Lumpur seperti komik-komik PERKASA (Nik Nordin), Awang Janggut (Razali MHO), Pahlawan Kebal (Mohas) dan Tiada Maaf Bagimu (Azman Yusof). Keempat –empat komik yang diterbitkan dalam saiz kecil itu terbit serentak dalam sebulan. Di belakang komik-komik tersebut terdapat iklan dari penerbit mengkehendaki komik-komik dalam format 40 muka surat. Sementara menanti keputusan peperiksaan, penulis mencari idea melalui pengamatan dan tontonan filem-filem di pawagam.


Tidak ada pembelajaran melukis komik secara formal. Tanpa membuang masa, penulis yang tiada pengalaman melukis komik hatta menulis skrip komik pun tidak ada, terus mengambil kertas lukisan dan melakar karekter ke atas kertas.


Apa yang ada ketika itu, cuma sebuah idea yang terletak di dalam kotak fikiran. Penulis tidak mencatat apa-apa idea pada kertas. Kedaifan penulis dalam melukis komik ketika itu ialah hasil pengamatan dan buah fikiran sendiri. Jarak, waktu dan tiada kemudahan telefon di rumah ketika itu menyebabkan penulis tidak menghubungi sesiapa yang lebih arif dalam bidang ini. Penulis pernah bercadang untuk ke Kuala Lumpur menimba pengalaman dalam bidang tersebut.


Sebagai seorang anak yang patuh kepada ibubapa, niat penulis dipendamkan sahaja. Penulis secara berani telah berjaya menghasilkan komik berdasarkan syok sendiri. Beberapa bulan selepas itu, penulis cukup bangga menunjukkan komik-komik yang diterbitkan itu kepada kawan-kawan dan sanak saudara. Beberapa bayaran yang penulis dapat?

Mungkin agak lucu dan ditertawakan kawan-kawan sebab bayaran untuk melukis komik-komik tersebut tidak pernah penulis tengok pun. Pun begitu semangat tidak pernah pudar. Penulis terus melukis dan menghantar karya di beberpa penerbitan namun tiada jawapan penerimaan. Tidak juga dikembalikan komik-komik yang ditolak.

Sehingga lah sewaktu ketika GILA-GILA meledak dan laris di pasaran bak goreng pisang panas. Penulis cuba berjinak-jinak menghantar tulisan berbentuk humor di kolum 4 Penjuru Alam di majalah humor tersebut. Penulis amat berbangga apabila tulisan tersebut diterbitkan. Ketika mula menjawat jawatan tetap di Sabah, penulis cuba-cuba melukis kartun dan telah disiarkan di kolum Senyum Skot. Untuk pertama kali, penulis merasa bayaran sebanyak RM15 secara tunai disampaikan oleh Rejabhad yang ketika itu datang ke Sabah untuk mencari lokasi dan ceritanya Panau-Panau Di Sabah.

Lantaran kesibukan dengan tugas telah menyebabkan penulis berehat buat 3 dekad dalam penghasilan komik. Alatan dan kertas yang penulis guna untuk menghasilkan komik pada waktu itu mengikut kesesuaian penulis.

Memang tiada rujukan atau belajar secara formal dari mana-mana pelukis komik yang hebat. Pendek kata, penulis main belasah sahaja. Pen yang digunakan adalah sejenis fountain pen berjenama Hero dari China. Dakwat melukis pula dari jenis dakwat Cina dan India. Setelah mulai faham konsep melukis komik melalui pengamatan dan pembacaan komik-komik terbitan Suarasa dan Mediaseni, penulis mula mengerti jenis-jenis pen dan berus yang digunakan oleh pelukis-pelukis tersohor. Ketika itu pelukis seperti Suhaimi Salleh sudah pun menggunakan efek transperansi untuk shadowing seperti komik-komik manga sekarang ini. Maka penulis pun menyimpan wang saku untuk belanja sekolah.

Tujuannya ialah membeli jenis-jenis pen yang lebih mahal seperti technical pen “Staedler”. Kertas pula dari jenis radio-bond, sejenis kertas taip. Sekarang terdapat beberapa jenis pen melukis yang disposable dan kertas melukis 70 hingga 80 gms dari saiz A4 ke saiz A3. Ketika itu tiada kemudahan komputer dan aksesori lain seperti tablet-pen serta perisian digital yang canggih untuk menghasilkan komik lebih up to date.

Tiada lightbox atau kotak cahaya dan alat pengimbas untuk membantu penulis membuat pembaikan dan tracing semula lakaran asal. Kini dengan adanya alatan dan aksesori seperti itu telah banyak membantu pelukis-pelukis komik menghasilkan komik dengan lebih baik. Pelukis-pelukis komik di era digital banyak dibantu dengan perisian Adobe Photoshop, Illustrator, Corel Painter X dan Flash Macromedia. Mampukah penulis kembali mengasah pensel? Yang ada cuma harapan yang disandarkan semoga pengiat-pengiat komik dapat menggunakan segala sumber yang ada untuk meningkat martabat komik tanah air.

Wallah’hualam. Kalam Timur Kuala Terengganu 1 September 2004

Kalamtimur at 12/31/2005 04:06:00 AM

BICARA KOMIX: MEREALISASIKAN SEBUAH FANTASI BAHAGIAN KETIGA:

Dalam keluaran yang lepas, penulis telah menyentuh beberapa komik-komik yang dihasilkan oleh beberapa nama besar dalam tahun-tahun 70an dan 80an Kemunculan majalah humor Gila-Gila mengganti MAD tidak dinafikan telah mengalih pandangan dan arah pelukis-pelukis komik serious kepada yang lawak jenaka. Jaafar Taib, Azman Yusoff, Mishar dan Zainal Buang Hussein telah menubuhkan syarikat penerbitan Creative Enterprise setelah SUARASA tidak seaktif seperti sebelumnya.

Jaafar Taib cukup sinonim dengan sketsa Kalau nya, sebuah hasil karya lawak tanpa dialog. Pembaca tentu sekali masih ingat lakaran beliau yang bersahaja. Penulis kalau tidak lupa, Gila-Gila keluaran pertama diterbitkan dalm tahun 1978 (ketika itu penulis masih mengganggur). Hiasan kulit diilustrasikan oleh Zainal Buang Hussein. Azman Yusoff pula menghasilkan Lipat-lipat yang diletakkan dibelakang kulit. Memang sekali imbas dilihat, majalah tersebut seperti majalah MAD dengan rupa bentuk maskheadnya, siri KALAU dan Lipat-Lipat. Don pula menghasilkan komik karikatur berdasarkan filem-filem Melayu yang ditayangkan dalam pembikinan waktu itu seperti yang dilakukan oleh majalah MAD. Zainal Osman (Nan) yang terkenal dengan komik stripnya di Utusan Malaysia, Din Teksi pula menghasilkan kartun Ayop Anak Tulakang. Kartun tersebut berkisah seorang usahawan cekodok di kota yang berjaya menjadi usahawan yang multi-billionaire.


Pada peringkat awal Gila-gila ada persaingan yang serupa dikalangan pelukis-pelukis dan kartunis-kartunis seperti Kartekana, Mojo, Nin, Poe, Nawiah Kassim, Yusof Osman (YO), Dinie Jurie, Namron tetapi Gelihati tidak bertahan lama. Penerbitnya lebih menumpukan kepada majalah-majalah komersil, akademik serta hiburan. Bukan sekadar fantasi tetapi dalam dilema mengejar realiti, karyawan-karyawan dahulu telah menyahut seruan kerajaan untuk menaikkan taraf orang-orang Melayu dalam dunia perniagaan. Apa yang digambarkan dalam majalah GG mempunyai mesej yang tersendiri.

Tersurat dan tersirat. Allahyarham Rejabhad, bekas seorang tentera RAMD tyang pernah berkhidmat di Congo dengan PBB dimartabatkan sebagai Penghulu GG dan sekaligus Raja Kartun Malaysia, begitu banyak jasanya. Beliau telah ramai mendidik kartunis-kartunis melalui Senyum Skot dan Mekar di GG. Salah seorangnya ialah Cabai, Whitesnake, Ajin (Blackrose), Ujang, Kulat, Ambo, Alifstyle (sekadar menyebut beberapa nama sahaja).


Majalah GG cukup terkenal sehingga pejabat Creative Enterprise setiap musim cuti sekolah dan pusat pengajian tinggi seringkali dikunjungi oleh rombongan dari sekolah dari ceruk-ceruk desa dan bandar. Creative Enterprise membuka pintunya kepada pelawat-pelawat untuk melihat kartunis-kartunis berkerja.

Dengan itu peminat-peminat mudah mengenali kartunis-kartunis yang menjadi idola mereka seperti Don, Long, Tarzidi, Ujang, Aloy, Cabai (satu-satunya artis wanita ketika itu), Kulat dan ramai lagi. Gila-gila bukan sahaja berjaya menarik perhatian kaum muda, malah berjaya memikat pembaca yang mempunyai akademik tinggi. Artikel-artikel yang serious walaupun dalam bentuk satira disumbangkan oleh Datuk A. Samad Ismail, Malungun, Prof. Khoo Kay Kim dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, Creative Enterprise sebagai penerbit komik ulung ketika itu, menerbitkan majalah komik FANTASI. Tidak kerterlaluan jika dikatakan, penerbitan FANTASI ialah untuk memberi peluang kepada ramai pelukis yang agak serious dalam menghasilkan karya bertaraf dunia. Hasilkarya graduan lepasan ITM dan pusat pengajian tinggi ditonjolkan dalam majalah ini meliputi dari komik, teknik airbrush, warna air, minyak, akrilik, seni arca dan termasuk seni hiasan dalaman. Mereka diberi penghormatan yang sewajarnya oleh pihak penebit.

Pelukis-pelukis komik yang cukup terkenal di majalah FANTASI ialah Azman Yusoff, Mohas, Jelani Abu Hassan, Ahmad Kamil, Nizam Bachok, Johari Ramli (Pot Jr), Shah, Weman, Jimmy Kong manakala penulis-penulis terdiri dari Adi Al Hadi, Elias Hj. Zaidi dan Muliyadi Mahamod. Ramai kartunis pernah duduk dibawah bumbung GG dan ramai juga yang membawa haluan masing-masing.

Entahlah kenapa, mungkin keadaan pada masa itu mengizinkan mereka membawa haluan masing-masing. Ada yang menubuhkan syarikat sendiri dengan menerbitkan majalah-majalah humor. Persaingan yang sihat, justeru itu lahirnya majalah-majalah humor seperti Batu Api, Mat Jenin, Cabai , Ujang dan lain-lain.

Pelukis.kaertunis dan penulis berbakat besar Ujang sendiri ramai mendidik kartunis dibawah syarikat penerbitannya ketika itu, majalah Ujang. Antaranya ialah Aie (yang cukup terkenal dengan Abe dan Blues Untukmu) Duku, Nik, Sukun dan ramai lagi serta diperkuatkan dengan kemasukan Gayour (Gelihati) dalam syarikat tersebut.


Di era tahun 90an, begitu banyak majalah kartun sehingga penulis hendak mencari waima sebuah komik serious pon agak sukar. Majalah RILEKS terbitan Tatsun yang cukup popular dengan komik Lagenda 2000 telah berjaya menambat hati setengah pembaca setelah FANTASI menyepi. Walaupun begitu, RILEKS tidak dapat bertahan lama, penulis kurang arif mengapa RILEKS tidak dapat mempertahankan popularitinya. Barangkali dengan faktor persaingan majalah-majalah humor seperti Lanun, Ujang, APO? atau disebaliknya. Tidak lama selepas itu GEMPAK dari Art Square Creation (Mei 1998) dan UrbanComics dari Urban Revolution pula menjadi trendsetter.


GEMPAK lebih mirip kepada komik lawak ala anime dan Urbancomics lebih kepada komik serious. Penerbitan kedua-dua majalah komik ini memberi satu impak kepada penerbitan komik tanah air. Lahirlah pelukis-pelukis komik dan kartun alaf baru seperti Apoh, Taufan Pesaka, Fakhroul Anour, Kenny, Kaoru, Aimo (Gempak). Azhar, Adijin, Milx, Aim, Kromosom, Joker IX, White, Use Rizal, Zul Fadli, Zul Lee, Mafia, Peenut (Urbancomics) dan ramai lagi. Pada masa yang sama komik-komik seperti Kluangman, Blues Untuk Mu, AIE (Alternatif Indie Entertainment), ROCK, TNT, Chatterz menghasilkan ramai pelukis berbakat seperti Toyon, Tembakau, Aie, MF Ajif, Jackall (penulis tidak berapa ingat nama-nama pelukis dan komik-komik lain, dengan maaf).


Penerbit-penerbit di atas, tidak lupa juga mengadakan pertandingan dan kelas tutorial melukis komik untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru. Hasinya lahirlah buku-buku koleksi Bakat Baru Komik Malaysia 2002 dan 2003 yang diterbitkan oleh
Gempakstarz. Dalam mencari tempat untuk berkarya, pengiat-pengiat muda bukan sahaja dapat menyertai pertandingan dan menghantar karya sekali gus malah mereka boleh menjalinkan diskusi melalui forum-forum yang diadakan di website seperti di http://www.pergh.com/forum/, http://www.sifoo.com/, http://www.deviantart.com/ dan www.urbancomics.com Malah ramai pelukis bebas yang telah beriniasiatif menghasilkan website mereka sendiri untuk mempromosikan hasil karya mereka.


Penerbit komik bebas alternatif UMBRA telah memberi laluan kepada pelukis-pelukis amatur seperti Nurie, Alifstyle, Invictus, Mafia, Iki, Kimball, Odows, Ard-One, Axeral, Petrakus3D dan ramai lagi yang akan muncul. Pergh.com telah begitu besar jasanya, syabas kepada foundernya saudara Mysticmind, co-founder Agent, administrator Azarimy (UK), moderator-moderator Bootargh, Alyridura (pelukis komik ROCK), Ubdertaker, Petrakus3D, Rio dan rakan-rakan sealiran seperti Madstone, Waverider (Mesir), Hairi (Mesir/PTS Millennea One), Adzakael (Australia), Keribang (Sarawak), Icesoul, Alifstyle, Izam, Odows, Kimball, Zedd, Invictus, Gemuruh, Mikestation, Star, Thirtynine, Takara, Tarakucha, Ensalim, Buckshot, Leydi, Angel, Farah, Kiyaa, Jaymanjohn, Chulanmuiz dan penulis-penulis seperti Panaharjuna, Matrush, Madhatter, Ruby dan lain-lain yang tidak disebut. Semoga idea-idea dan hasil diskusi anda sekalian akan mencetus realiti. Biarpun di mana berada, namun satu arah dan satu tujuan. Gathering yang sekejap dikalangan warga pergh pada 31 Ogos di KLCC yang lalu juga menampakkan perkembangan yang sihat apabila ada dikalangan mereka ini mengeluarkan zine-zine mereka sendiri. Maxima Zine, CARGAS, Synthesizer, Core Peeps dan Fusion bakal meledak dipasaran terbuka sekiranya pembaca diluar sana berminat untuk mendapatkannya. Mato-mato, Fantasia, E-zine dan majalah mainstream yang lain sedang berada di pasaran bersaing secara sihat.

SOKONGLAH KOMIK MALAYSIA. Wallah’hualam. Ubdertaker - Kuala Lumpur / Kalam Timur- Kuala Terengganu http://www.umbracomix.com/forum/ 3 September 2004


Kalamtimur at
http://eyecomix.blogspot.com/2005/12/bicara-komix-satu-persepsi.html
Seraut Pensel - Setitis Tinta - Secarik Kertas

Bicara Komix: Nostalgia Komik dalam Suratkhabar
Menyingkap balik zaman tahun 70an dulu sekitar, kesempatan untuk membaca komik ketika itu cukup nostalgik sekali. Barangkali ramai di antara mereka yang pernah melalui saat ini. Masih mengenang komik-komik yang dihasil oleh penggiat komik era 70an. Ketika kanak-kanak saya hanya berkesempatan membaca komik-komik secara percuma dikedai-kedai buku. Tuan punya kedai buku nampaknya pada masa itu tidak begitu menghiraukan kalau saya membacanya secara percuma.

Saya sanggup berulang-ulang pergi ke kedai itu setiap minggu hanya untuk membaca komik walaupun ditengah hari. Kadang-kadang terpaksa menunggu ayah pulang dari pasar. Basikal tua saya pinjam untuk ke kedai yang terletak dekat dengan Kampus Mara di pekan Sura Gate. Kadang-kadan kawan saya ikut memboceng. Selepas membaca saya akan mengeluarkan wang syilling sebanyak 60 sen (yang kami kongsi separuh-separuh)untuk dibelikan surat khabar. Ketika itu terdapat dua buah syarikat surat khabar BH dan UM. Surat khabar yang kami beli seharusnya ada komik dan kartun di dalamnya. Kawan-kawan saya pula kegemarannya membaca tentang hiburan. Habis dibelek-beleknya UFF, URTV, Kisah Cinta satu persatu. Minggu depan datang lagi. Dari Satu kedai buku ke satu kedai buku. Di daerah kami hanya terdapat 3 buah kedai buku, satu dipunyai oleh Allahyarham Ustaz Pak Hitam.

Yang dua lagi itu dipunyai oleh Taukeh Cina. Boleh dikatakan muka kami yang tidak malu ini cukup familiar. Kadang-kadangkala ada juga saya membeli pen meluis di kedai itu. Tidaklah taukeh itu terasa bengang sangan kami baca percuma. Bila menyebut surat khabar, tidak lupa saya kepada pelukis-pelukis yang pernah menghasilkan karya komik di dada akhbar, seperti Allahyarham Raja Hamzah yang ketika itu bekerja sebagai residen artis di BH. Beliau kadangkala menggunakan nama pena seperti Arham atau R.Hamzah. Strokenya amat bersih dengan garisan yang tebal. Kartunya yang cukup popular pada masa itu Keluarga Si Jambul. Beliau turut menghasilkan kartun dan komik ala Disney iaitu Sang Lamri. Kisah mengenai Musang yang cerdik dikalangan haiwan-haiwan dihutan. R.Hamzah dengan nama penanya Arham adalah seorang penggiat komik dan kartun bersama majalah terbitan Suarasa yang diasaskan bersama teman-temannya yang lain seperti Razali MHO, Mishar, Rosdin, Suhaime Salleh yang cukup popular dengan majalah RINA, BAMBINO dan SPEKTRA. Mishar pula ketika itu melukis kartun secara berkala dengan UM dengan melukis kartun setiap hari. Saya sudah tidak mengingati nama judul kartunnya yang mengelekkan dan sinis itu. Ketika itu, Dato' Lat pada masa yang sama muncul dengan kartunnya di BH dan NSTP.

Pelukis komik yang masih melekat di ingati saya ialah Samudera Pewira yang melukis komik di BH dengan stroke yang tersendiri. Yang membauat saya ingat sampai sekarang belaiu suka menulis dialog dan kapsennya dengan menggunakan pembaris sebagai. Itulah trademarknya.

Trademark itu cukup sinonim dengan pertugas-pertugas di Jabatan Pendaftaran atau polis yang yang membuat pendftaran surat lahir zaman itu. Kad pengenalan saya yang lama dahulu pun ada bekas tulisan tangan dengan menggunakan pembaris. Unik kan??? Zaman itu ramai pelukis-pelukis komik yang barangkali sudah menggantungkan pen dan menyimpan botol dakwat dan kertas lukisannya. Komik bersaiz format sekarang pun mulai menggantikan komik saiz biasa War Library yang diterbitkan oleh Sinaran Bros dan Penerbitan Solo di Singapura. Nama-nama sepeti Yuzal,Rossem, Allahyarham Rahim B. (pelakon bangsawan dan dramatis tanah air) Khuzae,Gopa, Pot JR, Kamil tertera di kulit luar komik terbitan Media Seni dan Toko Buku Asia.

Sementara itu, komik dan kartun didominasikan oleh kumpulan Suarasa di akhbar-akhbar utama dan Utusan Pelajar. Utusan Pelajar yang terbit seminggu sekali dengan harga 50 sen cukup menghiburkan dengan komik persilatan(Marzuki dan Nik Nordin), cerita zaman perang dan sejarah(MOHAS dan Othman Hj. Zainuddin) , cerita penyiasatan ala James Bond (Razali MHO)dan cerita fiksyen sains (Mishar). Dewan Pelajar ketika itu ramai pelukis-pelukis komik dan produk Mara tidak kurang hebatnya dengan karya Othman Hj. Zainuddin, Mazlan Noor dan Dato' Lat sendiri.

Mingguan Malaysia pernah menyiarkan komik warna/hitam putih dari Jaafar Taib, Nik Nordin, Tarzidi dan lain-lain. Manakala Berita Harian dengan komik-komik dari Jimi (Jimmy Kong), R. Hamzah dan lain-lain lagi.





Bicara Komix: Dari Akhbar ke Majalah

Majalah Bambino pertama kali terbit ketika saya masih di Tingkatan 4 dengan tandaharga 60 senaskah. Saya mula melihat majalah kanak-kanak ini ketika berulang alik ke kedai buku Ustaz Pak Hitam. Saiz majalah ini ketika itu sama saiznya dengan komik kartun Beano dan Dandy yang diimport dari UK. Saya masih ingat isu pertama majalah itu menggunakan khidmat pelukis
Rosdin. Antara penyumbang komik dan kartun di dalam majalah kanak-kanak yang berorientasikan pendidikan ialah ialah Razali MHO, Rosdin, JunHairi, Othman Haji Zainuddin. Watak Bambino dihasilkan oleh Rosdin, begitu juga watak Rina amat berkesan sekali dihati pembaca ketika itu.

Lukiisan Rosdin amat dinenali dengan teknik cat air yang dicampur dengan media lain seperti pensel warna dan dakwat. Bentuk kerawang ukiran Melayu sebagai trademark beliau dijadikan background karya beliau.

Kartun yang membuat saya ketawa terbahak-bahak ialah yang berjudul Spy Leman, saya telah melupai nama pelukis asal kartun ini. Kalau tidak silap saya pekatun itu menggunakan nama Rashalea.

Dan kalau saya silap tidak juga, saya pernah terpandang dan terbaca judul yang sama. Kartun ini dilukis oleh Taugeh dengan senario yang berlainan. Bambino selepas isu ke 4, mendapat pelukis muda dan berwibawa. Namanya pernah saya sebut dalam entri-entri yang lalu. Tidak lain tidak bukan, ialah Suhaimee Salleh yang ketika itu pelajar jurusan Kajian Seni Lukis dengan ITM. Stroke nya sangat kemas dan detail berjaya menambat hati pembaca. Karyanya yang masterpiece ialah Anak Raja Gondang yang diangkat dari cerita rakyat. Kemudian lahir pula RINA sebuah majalah komik yang berorientasikan remaja.

Suhaime menjadi pelukis tetap dengan siri Rina dan Seri Mega yang bercorak fantasi memang mengasyikkan. Ketika adik beliau belajar dikelas saya setelah dibenarkan mengulang mengambil MCE. Cerita Rina dilukis selalu bertukar pelukis dari Suhaime ke Azman Yusof dan akhir sekali ke Nik Nordin. Suhaime Salleh meninggalkan Suarasa dengan menubuhkan Penerbitan Anggerik untuk menerbitkan Sri Mega. Adiknya pula selalu menunjukkan komik yang diterbitkan oleh Syarikat Suarasa itu kepada saya. Nik Nordin kemudian meneruskan melukis watak Bambino yang ditinggalkan oleh Rosdin. Ketika diTingkatan 6, saya bernasib baik membaca secara percuma majalah berorientasikan Medan Pelajar yang diterbitkan Suarasa. Adik Fatah Ngah iaitu A. Manan membawa majalah itu ke bilik saya di asrama.

Saya menukarkan komik yang saya lukis yang tidak seberapa kepadanya. Adik kepada Bambino Anak Rusa Nani lahir dengan beberapa keluaran sahaja. Medan Pelajar, Bambino dan Rina berkubur setelah Suarasa berpecah. Lahir pula majalah Salina dan Bujal. Ha Hu Hum berbentuk lawak pun turut lahir. Rejabhad, Rossem dan kartunis-kartunis adalah pedokong-pedokong Ha Hu Hum. S.Zain pula menerbitkan majalah kartun Jenakarama. Penerbitan majalah kartun seperti itu barangkali untuk mengimbangi BeanoGila-Gila dan Gelihati. dan Dandy. MAD sudah lama berada dipasaran. Gelombang baru lawak ala MAD pun bermula dengan penerbitan majalah Nama-nama pedokong kedua majalah lawak ini telah saya sebut di awal entri saya. Maaaflah, kalau pembaca merasa tulisan saya berulang-ulang cerita yang sama. Nan telah memulakan karier sebagai kartunis dan ilustrator dengan majalah KANCIL yang dikendalikan oleh Ignatius Dev Anand. Selepas KANCIL berkubur, barulah dia bersama dengan Gila-Gila.

ad

ANDA JUGA BOLEH MELAWATI BLOG YANG TERTERA DI BAWAH..DENGAN KLIK SEKALI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Custom Search

ad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

LINK..

Bernal Blog    Blog de Malavida   Blogs'decomics   Blonde Zombies   Bolsi & Pulp   Cachondíssimo, blog de destape y cachondeo A TOPE!!!   Carmen Segovia   Carpe Diem   Chicas en bikini buscando a Norman Bates   Cómic, historietas, tebeos...    Comic is Art    Cómics en extinción   Cómics y bibliotecas en absysnet.com   Corra, jefe, corra   Cultura Libre   De Cómics   Desde el desván   Desdeldesván   Deskartes Mil   Diario de Jeremy Brood    Dolor de Muelas   Dossier Negro Archivos   Editorial Cornoque  El bloc de notas de Gantry   El Blog Ausente  El blog de Jotace   El blog de Manuel Martínez   El blog de Razar  El Blog Escarolitrópico Gmnésico Musical   El Caso by Vázquez   El coleccionista de tebeos   El Cómic  El Desván del Abuelito   El faro de Leioa    El gran Vázquez   "El Inspector Dan" aquellos tiempos...