Showing posts with label TERBELAnya Nasib kartunis. Show all posts
Showing posts with label TERBELAnya Nasib kartunis. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

TERBELAnya Nasib kartunis tanah air


SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Pertengahan 1980-an hingga awal 2000 menjadi era gemilang buat kartunis tanah air apabila komik begitu digilai masyarakat dan mencatat jualan membanggakan.
Kini komik bukan lagi menjadi tatapan rutin masyarakat. Akibatnya, barisan kartunis yang ada terpaksa beralih kepada cabang kerjaya lain bagi mencari rezeki. Ada juga menjadi pekerja kepada syarikat yang menghasilkan drama animasi yang semakin bercambah di kaca TV.
Mujurlah kepincangan ini segera disedari Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Umno merangkap Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan. Beliau yang juga bekas kartunis dikenali dengan nama Chek, sedar mengenai dilema yang dihadapi rakan lamanya.

Terpanggil membantu, Sohaimi mencadangkan semua kartunis bernaung di bawah satu konsortium iaitu Cartoonist At Work (CAW). Konsortium ini ditubuhkan sejak 2001 dan dikendalikan kartunis sendiri.

Bekas pengurus kumpulan GG Group dan Lalaq, Buhairi Ramli (Bob) bertindak sebagai Pengarah Urusan, manakala Sohaimi menjadi penaung.

“Mereka bernaung dibawah CAW diberi geran Dana Pembangunan Industri Kreatif (DPIK-SKMM) bagi menghasilkan produk animasi tempatan. Ini zaman peralihan daripada hanya buat komik tapi sekarang kita ikut perkembangan semasa dengan semua orang nak buat animasi TV. Kartunis perlu diberi peluang ini.

“Jualan komik sekarang sudah merudum, sedangkan kartunis ada idea namun tak boleh dikembangkan. Dulu mungkin mereka melukis secara sambilan tapi sekarang saya nak mereka jadikan ini satu bisnes. Menerusi peluang diberikan, mereka boleh menghasilkan produk sendiri. Saya akan bantu mereka.


“Dana ini baru saja diagihkan pertengahan bulan lalu dan buat masa ini hanya enam syarikat produksi yang terpilih untuk fasa pertama. Keenam-enam produk ini akan disiapkan menjelang tahun depan dan bakal ditayangkan di saluran TV milik kerajaan,” katanya pada majlis kesyukuran dan penyampaian watikah penghargaan kepada enam syarikat produksi terpilih itu.


Majlis di Kompleks Kraftangan Malaysia, pada Rabu lalu mendapat sambutan hangat para kartunis. Antaranya Zainal Buang Hussein; Presiden Pekartun, Tazidi, Abdul Fatah Ngah, Saadon Ishak (Don), Aie, Rio, A’an dan ramai lagi.


Sehingga kini terdapat 10 syarikat produksi bernaung di bawah CAW iaitu Taugeh Picture Sdn Bhd milik kartunis Taugeh, Huge Dimention Sdn Bhd (Kunyit), Q Vektor Sdn Bhd (Jakalll), Pelita Ajaib Sdn Bhd (Norizal Ngah), Inapena Studio Sdn Bhd (Cikli), Mega Daya Resouses Sdn Bhd (Aloy), Soya Sauya Sdn Bhd (Soya), Bee Burp Studio Sdn Bhd (A’an), Blue Pipe Studio Sdn Bhd (Lemburock) dan Side Fx Sdn Bhd (Syed Razak).


Buhairi pula berkata, pemilihan dibuat sememangnya ketat kerana kementerian menilai berdasarkan idea dan kreativiti tersendiri. Menerusi kertas kerja dihantar, hanya enam layak diberikan dana bernilai RM5 juta iaitu Taugeh Picture Sdn Bhd, Inapena Studio Sdn Bhd, Pelita Ajaib Sdn Bhd, Bee Burp Studio Sdn Bhd dan Blue Pipe Studio Sdn Bhd.



“Animasi ini ialah Aku Budak Felda sebanyak 13 episod dalam bentuk 3D, Tuah, 13 episod (2D), Raja Pahat, 13 episod (2D), Tanya Prof Din, 26 episod (2D), Harimau Malaya, 26 episod (2D), Aqal & Walid, 13 episod (3D). Sebenarnya, saya sangat bersyukur kerana Datuk Sohaimi prihatin dengan nasib kartunis,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

LINK..

Bernal Blog    Blog de Malavida   Blogs'decomics   Blonde Zombies   Bolsi & Pulp   Cachondíssimo, blog de destape y cachondeo A TOPE!!!   Carmen Segovia   Carpe Diem   Chicas en bikini buscando a Norman Bates   Cómic, historietas, tebeos...    Comic is Art    Cómics en extinción   Cómics y bibliotecas en absysnet.com   Corra, jefe, corra   Cultura Libre   De Cómics   Desde el desván   Desdeldesván   Deskartes Mil   Diario de Jeremy Brood    Dolor de Muelas   Dossier Negro Archivos   Editorial Cornoque  El bloc de notas de Gantry   El Blog Ausente  El blog de Jotace   El blog de Manuel Martínez   El blog de Razar  El Blog Escarolitrópico Gmnésico Musical   El Caso by Vázquez   El coleccionista de tebeos   El Cómic  El Desván del Abuelito   El faro de Leioa    El gran Vázquez   "El Inspector Dan" aquellos tiempos...