Kuala
Lumpur: Himpunan 500 karya kartun oleh kartunis popular tanah air sejak
1925 sehingga kini yang dipamerkan di Muzium Negara sejak 8 Disember
lalu mengembalikan nostalgia peminat terhadap dunia komik tempatan.
Semua karya yang dipamerkan terdiri daripada hasil kerja beberapa
kartunis seperti Jaffar Taib, Datuk Lat, Reggie Lee dan Zainal Buang
Hussein.
Pengasas dan Pengerusi Yayasan Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar atau
lebih dikenali sebagai Juragan berkata, menerusi pameran itu orang ramai
berpeluang melihat karya asal kartunis tanah air kerana karya berkenaan
tidak lagi ditayangkan di televisyen mahupun media cetak kini.
“Ini pameran kali ketiga terbesar pernah diadakan berpuluh tahun lalu,
Rumah Kartun dan Komik Malaysia bekerjasama bersama Muzium Negara
mempamerkan kembali karya kartunis veteran pada zaman dahulu hingga
kini.
“Pelbagai karya lukisan sejak zaman sebelum perang juga kita paparkan
kembali kepada orang ramai untuk mengimbas nostalgia karya veteran yang
pertama di Malaysia seperti Raja Sulaiman dan Ali Sanat,” katanya ketika
ditemui pada pameran Kartun dan Kita, di sini, semalam.
Beliau
berkata, pameran Kartun dan Kita yang berlangsung itu akan dibuka setiap
hari kepada orang ramai secara percuma bermula 8 Disember lalu hingga
15 April 2018 dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
“Sepanjang pameran
berlangsung, pihak kami berjaya menarik 35,000 pengunjung yang terdiri
daripada warga tempatan dan luar untuk melihat kembali karya lama yang
dihasilkan karikatur popular tanah air.
“Selain itu, pihak kami
menganjurkan karya sebegini untuk memberi pendedahan kepada generasi
muda revolusi penghasilan karya kartun dan komik yang dahulunya
menggunakan kertas dan pen sehingga dalam bentuk animasi elektronik
seperti Upin dan Ipin, Ejen Ali, Gempak Starz, Lawak Kampus dan
sebagainya,” katanya.
Katanya lagi, semua karya dipamer asli daripada beberapa kartunis
terkenal negara di mana pihaknya melalui pelbagai kepayahan untuk
mengumpul karya asli berkenaan.
“Ada antara penghasilan komik
tempatan berusia lebih 80 tahun dipamerkan di sini iaitu majalah komik
Warta Jenaka hasil tangan M Nor Awang dengan dialog bertulisan Jawi
turut dipamerkan di sini.
“Pengunjung bukan saja berpeluang
melihat pameran ini malah mereka boleh beramah mesra dan menemui
kartunis tanah air dengan mengadakan Sembang Kartun setiap petang
sepanjang pameran berlangsung,” katanya.
Tambahnya lagi, untuk
memupuk minat anak muda dalam bidang seni lukis, pihaknya turut
berkolaborasi bersama 50 penuntut Universiti Multimedia (MMU) di mana
lakaran mereka turut dipamerkan di situ kepada orang ramai.
Pelajar tahun pertama Fakulti Multimedia Kreatif MMU, Ahmad Irfan Azfar
Mohd Effendy, 22, berkata, pameran itu platform terbaik bagi anak muda
mengenal karya kartun dan komik zaman dulu sebelum memasuki era digital.
“Mungkin ramai yang tidak tahu revolusi bidang animasi kini sudah
berkembang maju dari era sebelum merdeka hingga tercetusnya komik kartun
dalam versi 3D pada pameran ini. “Saya sendiri teruja dapat
melihat kembali karya asal dihasilkan kartunis yang pernah melakar
sejarah dalam negara seperti pengasas majalah Gila-Gila iaitu Jaafar
Taib, Batu Api, GeliHati, Ujang dan Keluang Man yang pastinya dapat
mengimbau kenangan lama,” katanya.
Seorang lagi pelajar, Izzati Nabilah Khairul Hisham, 19, berkata, ini
kali pertama dia melihat pameran kartun dan komik tanah air sejak zaman
sebelum perang hingga kini.
“Kartun bukan saja diminati kanak-kanak malah ia bebas diminati pelbagai peringkat usia.
“Melalui pameran ini, saya dapat melihat sendiri bagaimana kartunis
zaman dulu menterjemah karya mereka dalam bentuk jenaka di samping
menyelitkan unsur nasihat di dalamnya,” katanya.
KOMIK KARYA DATO' AZMAN YUSOF Sumpahan Dilembah Tembeling Fantasi keluaran JANUARI 1986..
Kita tidak lagi menikmati karya yang berbentuk sedemikian, Karya orang lama jika kita amati seninya amat mendalam. Mata dan fikiran kita tertumpu pada satu garisan harus yang amat tekun ada di situ...Nah ini pengobat rindu karya lama bagi peminat komik sekarang.
Komuniti buku komik dan peminat dan kebaikan di mana-mana merayakan kehidupan, ciptaan, dan memori salah satu pencipta yang paling penting hari ini. Jack Kirby, yang dilahirkan pada 28 Ogos 1917, sudah berusia 100 tahun pada hari ini. Kirby meninggal dunia pada tahun 1992, tetapi untuk mengatakan bahawa ingatannya hidup mungkin merupakan pernyataan awal abad ini. Di luar siri buku komik biasa yang dibentangkan setiap minggu, watak-watak dan konsep yang dihasilkan Kirby atau dicipta bersama-sama juga dinikmati oleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe dan Universe Expanded DC.